Tuesday, December 15, 2009

YES! YES! YES!



Setelah hampir dua bulan menunggu talian internet disambung akhirnya dapat kembali menatap blog ni..... Alhamdulillah....rindunye dengan blog kekawan.

Monday, October 19, 2009

KALI INI KAMI DIUJI!

Bandar Bentong, Pahang.


10 Oktober, jam 11.3o pagi kami baru sampai di Felda Mempaga. Pertama kali dalam hidup masuk felda....anak-anak pun begitu teruja....nak mencari dan memilih rumah baru. Malangnya, satu rumah untuk disewa pun kami tak jumpa.

Cuaca makin panas, jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahari. Semua yang ada dalam kereta dah gelisah. Panas, lapar, dahaga....

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk mencari hotel dulu. Berehat, solat dan selepas itu mencari lagi di sekitar Bentong pula.

Dah hampir pukul 6.00 petang. Sifu nampaknya dah terlalu letih memandu dan keluar masuk kereta bertanya tentang rumah dan mencari sekolah untuk anak-anak. Ini pertama kali kami menghadapi masalah sebegini. Selalunya sebelum petang kami dah ada beberapa nombor talifon untuk dihubungi. Program cari rumah dah jadi biasa pada keluarga saya. Maklumlah, masuk yang ini, dah lima kali kami pindah randah.

Kami balik ke hotel petang itu dengan perasaan sedikit hampa. Satu hari dah berlalu....

11 Oktober. Kami mula awal pagi... mengharap agar segala urusan dapat diselesaikan sebelum check out dari hotel pukul 12.00 tengahari.

Masih mengharap agar dapat rumah di kawasan Felda Mempaga.... Dekat sekolah, tadika dan dekat dengan tapak projek Sifu. Kami ke sana semula... berpusing-pusing disekitar kawasan perumahan mencari perkataan rumah untuk disewa.... Hampa.

Kami perlu balik ke Pekan hari ini, esok anak-anak sekolah.

17 Oktober. Kami turun lagi ke Bentong mencari .... Habis semua orang kami tanya. Rumah kedai pun kami tanya. Tak ada yang kosong! Felda Mempaga sedang membangun. Penduduknya makin ramai, rumah makin sedikit jadinya....

Sifu dan saya buntu...

18 Oktober. Kami mencari lagi... untuk ikhtiar yang terakhir kami menuju ke Karak. Kalau dikira jaraknya, Karak lebih dekat dengan Felda Mempaga dari Bentong. Berpusing-pusing dan bertanya....

Akhirnya, setelah dua kali turun ke Bentong, nombor pertama yang kami dapat untuk dihubungi rupa-rupanya ada di Karak. Dapat rumah... tapi masih mencari jiran seagama di sekitar kawasan perumahan itu. Rumah dah ada... tapi tak ada tadika Islam untuk Ammar tahun hadapan.
Rumah yang bakal kami huni di Karak.

Ya ALLAH...janganlah jadikan aku hamba yang mudah berputus asa dengan rahmatMu....

Yakinkan aku bahawa ENGKAU masih mendengar doa hambaMU ini...

Wednesday, October 14, 2009

KEBETULAN YANG MENGINSAFKAN.


WAKTU GEMPA DI PADANG MENYAMAI 3 NAS AL-QURAN

OLEH IBRAHIM ABDULLAH
(Petikan dari Berita Harian Sabtu 10 Oktober 2009)

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi

SEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud:
" Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud:
" Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud:
" (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.

Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia.

Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan.

Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya.

Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.

Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi).

Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT.

Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa.

Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud:
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya:Mengapa bumi (menjadi begini?)" (Surah al-Zalzalah : 1-3)

Tuesday, September 29, 2009

GAMBAR-GAMBAR HARI RAYA 2009


Macam biasa saya dan famili akan beraya di Teluk Intan, Perak. Kalau tak kat rumah mak, rumah mak wan (mak mertuaku ). Setiap tahun giliran diselang-selikan kecuali kalau ada sebab -sebab tertentu. Oleh kerana saya dan sifu sekampung, cuma rumah kami dijarakkan lebih kurang 6 km, kami asyik berulang alik sepanjang beraya hinggalah balik semula ke Pahang.

Tahun ni giliran beraya di rumah mak. Sifu awal-awal dah minta saya sediakan nasi impit, kuah kacang, rendang, sayur lodeh dan sambal ikan bilis. Memang sedap......


Along, Angah Dan Ammar berposing dengan sepupu-sepupunya Udin dan Hafiz (anak-anak Atun ).


Tiga mak dara mak; dari kiri Atun (my twin sister), Rokiahanim (kakak yang tua) dan saya ler...

Sempat bergambar dengan Mak Wan sebelum bertolak pulang ke Pekan, Pahang. Tahun ni tak sempat lagi nak bergambar sekeluarga pada Hari Raya. Emmm....frustnye......

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT BERHARI RAYA SEMUA!


UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN KEPADA SESIAPA YANG DATANG SINGGAH DI BLOG INI, SAYA UCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA...SAYA MINTA MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN KATA-KATA SEPANJANG SAYA BERBLOG....

SEMOGA DIREZEKIKAN DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG......

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA.


Saturday, August 29, 2009

TAPISAN AMALAN SEORANG HAMBA SEBELUM DITERIMA OLEH ALLAH.



Khalid bin Ma'dan meminta kepada Muaz supaya menceritakan kepadanya sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Rasulullah s.a.w.

Muaz berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku. Wahai Muaz, sebenarnya aku ingin menceritakan kepada kamu sebuah hadis. Jika kamu mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat kepada engkau disisi ALLAH tetapi jika engkau mensia-siakan dan tidak memeliharanya, maka akan terputus hujjahmu di hadapan ALLAH di hari kiamat nanti.


"Wahai Muaz, ALLAH telah menjadikan tujuh malaikat sebelum dijadikan tujuh petala langit dan bumi dan ditentukan pada setiap langit, satu malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut.

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang dilakukanmulai pagi sampai ke petang yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Apabila sampai ke langit pertama, malaikat yang menjaga langit pertama berkata; "Pukulkan amalan ini kemukanya. Akulah yang menjaga Ghiibah (mengumpat). ALLAH telah memerintahkan aku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat orang lain melalui aku intuk naik ke atas."

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang disangka sangat baik dan banyak. Malaikat itu berjaya melepasi langit pertama kerana tiada Ghiibah, sampai ke langit kedua.
Malaikat yang menjaga langit kedua berkata; " Balingkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia melakukannya untuk mendapat keuntungan dunia dan suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang dan puasa dan merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut dan melintasi langit pertama dan kedua. Apabila sampai sampai ke langit ketiga, malaikat yang menjaga langit ketiga memerintahkan supaya dan membalingkan amalan tersebut ke muka pengamalnya kerana pelakunya Takkabbur dan suka membesarkan diri.

Malaikat Hafazah membawa amalan sorang hamba bersinar seperti bintang dilangit, tasbih , sembahyang, puasa, haji dan umrah dan berjaya sampai ke langit ke empat. Beliau diperintahkan berhenti dan mebalingkan kemuka, kebelakang dan perut pengamalnya kerana pengamalnya melakukan dengan dorongan perasaan Ujub terhadap diri sendiri.

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba dan berjaya sampai ke pintu langit yang ke lima. Amalannya seperti mengarak pengantin kerana berseri-seri tetapi malaikat yang menjaga langit ke lima memerintahkan supaya dibaling ke muka pengamalnya kerana ia sangat Hasad terhadap orang lain yang melakukan sebarang kelebihan darinya.

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba bercahaya seperti cahaya bulan purnama daripada sembahyang, zakat haji, umrah, jihad dan puasa sampai langit ke enam. Tetapi diperintahkan kepada malaikat Hafazah membalingkan ke muka pengamalnya kerana tidak belas kasihan pada hamba Allah yang ditimpa bala' dan kesusahan dan merasa gembira dengan bencana tersebut.

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba, seperti sembahyang puasa, nafkah, jihat dan wara'. Amalan zikirnya seperti bunyi lebah dan bercahaya seperti cahaya matahari dan naik bersertanya tiga ribu malaikat dan berjaya sampai langit ke tujuh, tetapi diperintahkan pukul ke muka pengamalnya dan seluruh anggota badannya kerana pengamalnya beramal bukan mencari ridho Allah tetapi kerana ria' dan supaya namanya disebut-sebut dan masyhur.

Kemudian Malaikat Hafazah membawa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah. akhlak mulia, banyak berdiam diri dan banyak berzikir. Amalan tersebut diusung oleh para Malaikat yang menjaya tujuh petala langit dan melepasi segala halangan dan berhenti di hadapan Allah. Lalu Allah berfirman, kamu adalah bertugas menjaga amalan hamba ini tapi aku lebih mengetahui segala isihatinya. Dia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dalam amalan tersebut dan menghendaki sesuatu yang lain daripada Aku.. maka Aku turunkan laknat Ku keatasnya, lalu dijawab oleh Malaikat, keatas laknat Mu dan laknat kami.

Mendengar yang demikian Muaz menangis dan berkata Engkau adalah rasul sedangkan aku adalah hamba biasa bukan rasul, bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.
Rasul manjawab.
-Hendaklah kau ikut aku walaupun dengan sedikit amalan.
-Jaga lidahmu dari mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan ulama').
-Pertanggungkanlah segala dosamu keatasmu.
-Jangan menganggap dirimu bersih.
-Jangan mencela orang lain dan memuji dirimu dihadapan mereka.
-Jangan campur urusan dunia dalam urusan akhirat.
-Jangan engkau menyombong diri dalam majlismu nanti orang akan takut kepada mu kerana kejahatanmu.
-Jangan kau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu.
-Jangan kau membesar diri maka akan terputus daripadamu segala kebaikan dunia dan akhirat.

Muaz bertanya siapakah orang yang mampu melaksanakan perkara yang tuan sebut dan siapakah yang akan selamat daripada seksa itu. Rasul menjawab, sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah.

Petikan dari Kitab Bidayatul Hidayah
Karangan Imam Al Ghazali.

Wednesday, August 19, 2009

Pesanan Dan Nasihat Lukmanul Hakim


1. Apabila engkau solat peliharalah hatimu, jangan ia jauh dari ALLAH.

2. Apabila berada di rumah orang kaya, peliharalah matamu.

3. Apabila berada di kalangan manusia, peliharalah lidahmu.

4. Apabila berhadapan dengan hidangan, peliharalah perangaimu.

5. Hendaklah kamu ingat dua perkara iaitu ALLAH dan mati. Dan lupakan dua perkara iaitu
kebaikan yang telah engkau lakukan dan kejahatan orang lain terhadapmu.

6. Loba dan tamaklah menghimpun harta sekiranya martabatmu di dunia.

7. Lobalah kamu beramal akhirat sekiranya martabatmu di dalamnya.

8. Berbuatlah maksiat kepada ALLAH sekadar sabarmu menanggung kepedihan
nerakaNYA.

9. Berbuat ibadatlah kepada ALLAH sekiranya engkau berhajat kepada syurgaNYA.

10. Jika kau ingin melakukan maksiat, maka kau carilah satu tempat yang ALLAH tidak
melihat engkau melakukannya.


"Sedutan dari Kitab Pengajaran Menuju Hidayah"


Jangan ketinggalan menonton siri video THE ARRIVALS di You Tube (sebelum ia di 'delete' sepenuhnya). Kita semua sudah tahu tentang tekadnya Iblis dan tenteranya untuk menyesatkan manusia hingga mati dalam kafir. Dan bagaimana bersusah payahnya
mereka ingin merosakkan aqidah dan akhlak orang-orang yang beriman pada ALLAH.

Cubalah nilai sendiri, dah berapa banyak minda syaitan kita bawa masuk ke rumah untuk tatapan anak-anak kita....


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER...

Thursday, August 13, 2009

PERGIMU TIADA PENGGANTI


Lebih kurang pukul 11.15 pagi tadi.Terkejut membaca sms yang bertalu-talu dari kawan-kawan. Berita yang sama. Ustaz Asri Ibrahim meninggal dunia... Perginya dalam keadaan tidak diduga sama sekali.

Begitulah.....mengingatkan kita semua, bila Allah mahu memanggil hambaNya ia akan berlaku bila-bila masa tanpa ada amaran terlebih dahulu.

Untuk Jannah (isteri Ust Asri) dan anak-anak, semoga tabah menghadapi ujian ini....

Saya terbayang bagaimana kalau ianya berlaku ke atas diri saya pula...Sedang sibuk melayan kerenah anak-anak, menyiapkan makan tengahari, tiba-tiba rebah dan pergi... Begitu saja...

Umpama gugurnya sehelai daun kering, tidak sedikit pun memberi kesan pada yang lain.

Dah bersediakah saya menghadapi kematian.......?

Ya ALLAH, kurniakanlah aku dengan keampunanMU, mati dalam beriman....

Video klip di bawah ini sebenarnya adalah untuk entri terbaru saya sempena meraikan para petani ( Hari Petani - 10 - 16 Ogos ). Nasyid ini saya pilih sebab ia jarang kita dengar dan liriknya yang sungguh mendidik. Tapi lain pula takdir ALLAH. Sama-samalah kita hayati....


video

Wednesday, August 5, 2009

Perkara Tentang H1N1 Yang Perlu Anda Tahu - Tetapi Anda Malu Hendak Bertanya.


1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold

1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak

1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru

1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5.Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi?

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Lagi...

23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

drazwan.blogspot.com
31 Julai 2009
H1N1 dah mula merebak di Pekan, Pahang. Ada sekolah dan kolej yang dah di tutup. Jiran-jiran ada yang sedang berkurantin. Ya ALLAH, lindungilah kami dari bala ini....
Pernah saya terdengar seorang ustaz berkata, penyakit-penyakit yang misteri ini dibawa oleh syaitan. Jadi salah satu cara untuk melindungi diri ialah dengan mengekalkan wuduk! Satu lagi, suruhlah anak-anak yang keluar ke sekolah membaca '3 Qul' sebagai pendinding diri. Itu sajalah
ikhtiar kita selain berdoa dan menjaga kebersihan diri. -Ummuafiq

Friday, July 31, 2009

Pesanan Dari PPIM.

Dah agak lama menerima e-mail ini, terlupa nak masukkan dalam blog....tolong-tolonglah sebarkan! - Ummuafiq


AWAS!!!

Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Apa itu fluorida? Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida

Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

AWAS !!!
BAHAYA FLUORIDA

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?




“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat? Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan, tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!

Antara Contoh masalah Dental Fluorosis:


Ingat! Adalah tanggungjawab kita untuk menyebarkan Emel ini kepada ahli keluarga dan para sahabat.


© 2009 Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM )

Friday, July 24, 2009

Angah Pencinta Haiwan


Dari luar pagar, saya terpandangkan Angah sedang terbongkok-bongkok di depan deretan kasut di muka pintu. Bercangkung di sebelahnya ialah si abang cik (Ammar). Pelik! Selalunya dua orang ni tak boleh duduk dekat, mesti perang... Apalah yang di buat mereka hingga ralit begitu?
Saya mendekati mereka dari belakang perlahan-lahan. Emm.... Angah, Angah.... Rupa-rupanya Angah sedang memberi makan semut 'peliharaan'nya. Pelik bunyinya kan? Tapi itulah Angah... Kalau boleh semua binatang dalam dunia ni nak di belanya.

Angah memang sukakan binatang sejak dari kecil lagi. Dokumentari tentang binatang adalah program pilihannya dari cerita-cerita lain. Kalau pilih buku pun, tentu pasal binatang.

Angah sebenarnya dah lama mengimpikan untuk memelihara seekor kucing berbulu oren.... nak buat kawan katanya. Memang Angah tak ramai kawan kerana dia tak suka main di luar. Berpanas-panas di luar tu bukan caranya...

Memikirkan hal itu, saya memujuk Sifu agar membenarkan Angah memelihara kura-kura. Lebih selamat, tak berbulu sebab Angah mengalami alahan kulit. Kucing sudah pasti tidak sesuai, fikir saya. Kemudiannya baru saya dapat tahu bahawa kura-kura tidak sesuai dipelihara oleh kanak-kanak bawah 10 tahun. Kena hati-hati dengan kukunya.



Sekarang kura-kura dah tak ada lagi. Dua bulan lepas dah di bebaskan ke dalam tasik berdekatan rumah. Saiznya sudah tidak sesuai dengan rumahnya, dah besarlah tu...

Angah menaruh harapan agar dia dapat bertemu semula dengan kura-kuranya Upin dan Ipin satu hari nanti. Angah sepi lagi. Dia kembali teringatkan LINI, kucing impiannya.

Sabarlah Angah, mungkin bila Angah dah sekolah menengah nanti bolehlah bela kucing.....

Saturday, July 18, 2009

Aku ini cuma makhluk Mu....


Kadang-kadang bila terlalu bekerja keras, terlalu membina harapan, terlalu membina impian, ada masanya kita akan terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Kesempurnaan pada hasil usaha kita, sempurna pada harapan yang dibina menggunakan akal manusia... Kita bagai mengharap syurga ada di depan mata.

Tapi kita sebenarnya telah sungguh terlupa bahawa kesempurnaan itu hanya milikNya...

Setelah berusaha, kita telah lupa tentang tawakal.

Sebab itulah hati rasa resah, fikiran kusut, jiwa tidak tenang.....

Sebagai hamba, kemampuan dan keupayaan kita amat terhad. Kekuatan akal dan fizikal tak seberapa...Sepatutnya kita sedar segala yang bergerak di muka bumi ini adalah dalam percaturanNya.

Gugurnya sehelai daun kering, mengalirnya air di sungai, berkerdip bintang di langit, semua adalah dalam pengetahuanNya...

Bagaimana mungkin Ia tidak nampak akan usaha kita, harapan dan impian kita....

Cuma kita yang selalu lupa dan leka untuk meminta dan terus meminta dariNya....

Bersyukur dan sabar dengan dugaanNya....

Kadang-kadang kegagalan itu mungkin tanda kasih sayangNya...

Agar kita tidak lupa, kita ini hanyalah seorang hamba....

Thursday, July 9, 2009

Bubur kacang, kuah durian.


Durian, durian, durian. Mana-mana pergi pun nampak durian. Tapi menurut Mak Wan, kat Teluk Intan tak ada pulak orang jual durian. Emmm.... belum musim la tu, agaknya. Durian ni memanglah sedap walau pun orang barat mengkelaskannya sebagai makanan eksotik...he...he... ( sebab baunya kot..! ).

Cakap pasal durian ni, ada 'part' nikmat dan ada 'part' mujahadahnya. Mana tidaknya, nikmat masa makan.....sedapnya. Mujahadah pulak sebab tak boleh makan lebih-lebih. Nanti boleh mendatangkan mudarat terutamanya pada orang-orang macam saya. Boleh kembung, mabuk dan paling teruk boleh demam...

Memandangkan saya dan sifu dah menangguhkan hampir dua tahun untuk menikmati durian di rumah, (takut saya terlebih makan) maka minggu lepas hajat kami tercapai.

Sifu mendapat durian dari Pak Ngah (kenalannya), katanya antara yang terbaik dari kebun durian Pak Ngah.

Apalagi....mula-mula makan mentah-mentah. Lepas tu buat kuah pulak. Kuah durian ni bukan semua tempat yang tahu mengenainya. Semasa saya di Trengganu dulu, kuah durian ni langsung tak jumpa. Agaknya ini makanan orang pantai barat, orang Perak..... negeri saya la tu..!

Tapi anak-anak saya semuanya membesar dan lahir di pantai timur..... Kuah durian tak disentuh langsung. Dapatlah juga saya berikan separuh pada jiran, K.Hawa (suami dia orang Perak). Kuah durian ni saya makan dengan roti saja. Tapi ada juga orang makan dengan roti jala, ikutla selera masing-masing. Nak buat dia ? Senang je...

Bahan-bahannya ;
  1. buah durian - yang telah diasingkan dari bijinya atau boleh juga masukkan bijinya (saya masukkan 2 biji durian )
  2. santan - ikut citarasa nak selemak mana nanti kuahnya (saya gunakan 2 kotak santan, dapat seperiuk besar)
  3. gula - ikut manis yang kita suka
  4. sedikit garam- penting ni untuk 'balance'kan rasa dia.
  5. dua helai daun pandan
  6. 2 cawan air - tambah lagi kalau terlalu pekat

Caranya ; masukkan semua bahan-bahan dalam periuk, lepas tu masakla dengan api perlahan. Bila dah mendidih, dah masak la tu..


Lepas kuah durian dah habis, hajat sifu pulak perlu ditunaikan..... Tiadalah yang lebih istimewa pada sifu kalau bukan bubur kacang durian.

Yang ni rasanya semua orang biasa makan....dan dah tentu tahu membuatnya.... Kali ni saya berikan pula pada jiran saya Nora. Seronok tukar-tukar juadah ni, tak perlu tunggu bulan puasa...

Jemput-jemputla.... tengok gambar he...he... Bismillah ye...!

Cara kita....


Syukurlah, beliau dipanggil bertemuNya setelah memeluk Islam.


Sedekahkanlah al-fatihah untuk saudara baru ini..


Al-fatihah untuk saudara Mikail...

Sunday, June 28, 2009

Aktiviti hujung minggu.


Satu-satunya aktiviti yang boleh menandingi keasyikan bermain PS2 adalah mandi laut. Anak-anak saya tak pernah menolak kalau diajak menghabiskan waktu petang di pantai.
Pantai Tanjung Selangor adalah destinasi kami setiap kali ada kelapangan di hujung minggu. Lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta, itu adalah pantai terdekat dengan rumah saya.
Menikmati alam semula jadi memang mendamaikan.. Anak-anak akan bermain air sambil berkejaran di pantai. Mereka akan ketawa riang, kadang-kadang menjerit keriangan seperti membebaskan semua tenaga dan tekanan yang terpendam dalam diri mereka.


Saya pula lebih suka memerhatikan gelagat mereka sambil memantau keadaan agar sentiasa terkawal. Cuma risaukan anak-anak terutamanya Along, kalau dah jumpa air 'excited'nya lain macam..


Sambil-sambil jadi pengawal pantai tu seronoknya kalau dapat main layang-layang. Terutama kalau layang-layang yang ekornya panjang ( saya cuba dapatkan juga satu hari nanti, insyaallah..). Bila dinaikkan barulah nampak cantiknya, beralun-alun ditiup angin pantai.

Masalah utama ketika mandi pantai ni ialah apabila tiba masa untuk pulang ke rumah. Emmm.... berkali-kali diajak naik , mereka boleh buat tak tau je.. Tak pun minta tangguh, 10 minit, 5 minit, macam-macam alasan yang keluar.



Sementara menunggu mereka merima hakikat yang mereka terpaksa naik ke darat juga, saya tak melepaskan peluang mengambil gambar matahari petang. Kalau kena gayanya, gambar yang siap nanti akan menjadi gambar seperti matahari sedang terbenam...... cantik!


Bila kereta dah bergerak menuju ke rumah, seronok tengok anak-anak semuanya tenang dan 'relax' je. Tak lah macam kat rumah sebelum datang tadi. Mungkin, itulah hasil dari terapi alam semula jadi, ayat-ayat Allah!

Baru separuh perjalanan mereka dah tertidur di tempat duduk masing-masing. Malam tu aksi -aksi di pantai akan menjadi tajuk perbualan mereka sambil berangan-angan untuk pergi lagi minggu hadapannya.

Emmmm.......insyaallah...!


Thursday, June 25, 2009

Pokok Daun Sup kebanggaanku!


Bukan lah bangga sebab apa... he...he.... Sebabnya, dah hampir sepuluh kali saya cuba menanam pokok daun sup tapi semuanya tak kesampaian. Inilah kali pertama ia dapat bertahan dan kelihatan agak subur.

Sekarang , kalau buat sup ke, bihun goreng ke, boleh ambil je kat depan rumah.

Rasanya elok kalau saya kongsikan di sini sedikit info mengenai daun sup ini yang saya kutip dari Wikipedia.
Daun sup atau pun nama lainnya daun saderi atau daun seleri (yang Wonder pets suka makan tu) kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B kompleks, C dan magnesium. Nama saintifiknya ialah Apium graveolens.


Daun sup ni selalunya digunakan sebagai penawar kepada tekanan darah tinggi. Caranya ialah dengan memotong daun ni kecil-kecil, dicampurkan dengan air dan sedikit gula. Untuk lebih bekesan minum air tu tiga kali sehari. Begitulah lebih kurang kata artikel dalam wikipedia tu. Boleh lah kalau sesiapa nak cuba!


Dari pengalaman yang lepas-lepas, pokok ni sebenarnya tak boleh disiram terlalu kerap, tapi tanahnya hendaklah sentiasa lembap saja. Maknanya kalau nak bagi dia air, renjis-renjis pun dah cukup. Nanti akar dan batangnya reput. Satu lagi, selain dari kita (manusia-manusia ni ) sukakan baunya, ada satu lagi makhluk (selain dari Wonder Pets) yang sangat sukakan pokok ni iaitu sang siput khinzir. Pernah sekali tu, tinggal tunggul je pokok daun sup saya dibaham dek sang siput ni. Emm... nak buat macamana lagi, niat sedekah je lah..

Macamana nak halau sang siput? Memang ada ubat untuk menghalang siput dari mendekati pokok dijual di kedai-kedai bunga. Ada juga petua supaya ditaburkan garam disekeliling pokok ataupun pasu untuk menghalang siput. Gunalah mana-mana yang sesuai dengan keadaan rumah kita.

Pokok ni juga sukakan matahari, jadi janganlah letakkan dia di tempat yang terlalu teduh.
Kalau ada yang baru nak mencuba menanam pokok daun sup, saya ucapkan selamat berjaya!

Saturday, June 20, 2009

Dengarlah anak-anakku.....


Awal sebelum subuh, atuk tergesa-gesa bersiap. Berpakaian usang , bertopi dan menyangkut tuala di lehernya. Opah pula setia menyiapkan bekalan untuk atuk. Seperti biasa bekal kegemaran atuk, pulut dan ikan masin serta air teh kosong. Masa itu ibu masih kecil..


Atuk mengejar masa agar sempat menunaikan solat subuh di tempat kerjanya. Masa untuk atuk melapor diri di tempat kerjanya sungguh awal. Seakan-akan tiada keizinan dari majikan untuk pekerja-pekerjanya menunaikan solat terlebih dahulu. Kadang-kadang terdengar atuk merungut, kesal dengan keadaan ini. Tapi di situlah punca rezekinya, rezeki kami sekeluarga.
Bila waktu petang, atuk akan pulang dengan wajah lesu keletihan dan baju serta badan yang busuk. Cuma anak-anaknya dah biasa dengan keadaan itu. Mengucup pipi atuk telah menjadi rutin ibu setiap kali atuk pulang dari kerja. Ibu tidak rasa terganggu dengan keadaan atuk masa itu.


Ada kalanya bila atuk pulang dari bekerja, dia akan bergegas ke bilik air. Membersihkan diri termasuk menyamak seluruh badannya. Bila ibu bertanya, kata atuk tadi semasa bekerja dia terpaksa mengangkat bangkai anjing. Supaya lebih yakin dia menyucikan seluruh badannya.
Itulah antara pengalaman atuk dulu. Kini atuk dah bersara. Tapi hasil dari mata pencariannya itulah yang membesarkan, menyekolahkan ibu dan lima lagi anak-anaknya yang lain.
Sungguh besar jasa atuk sebenarnya, pada manusia dan seluruh alam ini. Walau mungkin sesetengah orang akan memandang jijik pada atuk tapi mereka lupa, mereka sebenarnya sangat bergantung pada orang-orang seperti atuk.
Tak dapat ibu bayangkan bagaimana keadaan dunia ini kalau tiada orang yang memiliki hati-hati mulia seperti atuk. Tentu spesis manusia takkan dapat bertahan lama di muka bumi ini.
Sempena dunia sedang meraikan insan-insan bergelar bapa, ibu punya seorang bapa untuk dikenang jasanya bukan sahaja sebagai seorang bapa tapi sebagai seorang manusia mulia yang sanggup mengotorkan dirinya semata-mata untuk keselesaan manusia lain......


Monday, June 15, 2009

Along berkarya lagi.


Agak lama tak meng'up date' blog ni. Masa yang selalunya saya peruntukkan untuk ber'blog' habis digunakan untuk melengkapkan blog anak-anak yang masing-masing dah ada cita rasa sendiri.

Bila Along ada, Angah pun nak juga. Begitulah sebaliknya... Habis tu bila pula ibunya nak buat 'entri'?

Cuti sekolah yang lepas Along tak berkesempatan nak melukis sangat. Cuma ada dua lukisan yang dihasilkannya. Maklum, seminggu berziarah. Tinggal seminggu lagi sibuk mencari idea untuk buat entri di blognya. Gambar yang saya dah simpan untuk buat entri pun dah digunakannya untuk blog. Tinggallah gambar yang lebih-lebih untuk saya...

Gambar diatas Along bersama dengan dua lukisan terbarunya. Along memang suka melukis sejak dari kecil. Masa kecil , gambar' super hero' lah yang jadi pilihan. Bila dah besar ni, watak-watak dalam filem kegemarannya pula menjadi sumber idea. Along ni kalau dah melukis, tak 'gheti' nak simpan. Kalau lukisannya tu menjadi, kadang-kadang dijualnya pada kawan-kawan. Tak tau la berapa sen... Ada pulak yang nak membelinya tu...!

Tapi kalau dia tak 'bekenan', hmmm.... dibiarkan aje. Inilah rezeki si Angah. Lukisan yang tak menjadi pada Along, pada Angah dah cukup elok untuk di tokok tambah dengan orang lidi dan dibuat ceritanya sendiri. Kadang-kadang geli hati tengok perangai budak-budak ni.

Tapi kalau Ammar pulak yang jumpa bukan main bangga lagi, Ammar pun suka melukis tapi dia rasa lukisan nya tak cukup cantik. Jadi kalau dapat menokok tambah lukisan Along pun dah rasa bagus.... he..he...

Ada juga yang sempat saya selamatkan dan disimpan untuk kenang-kenangan. Saya kata pada Along, ibu nak tunjukkan pada anak-anak Along nanti kalau panjang umur. Dia cuma tersenyum... (tak fahamle tu).

Wednesday, June 10, 2009

Donut coklat dan tom yam.


Dah terlewat sebenarnya memasukkan entri yang ini, tapi memandangkan gambar dah ada saya 'publish'kan saja. Sepanjang dua minggu cuti sekolah ni banyak perkara yang tak dijangka berlaku, jadi semua rutin jadi tunggang langgang.


Donut coklat ni saya buat sempena meraikan anak-anak yang mula bercuti pada hari Sabtu lepas. Makanya hari tu saya dan sifu terpaksa bersarapan mengikut selera anak-anak. Anak-anak memangla suka... segala yang bercoklat pasti sedap pada mereka. Tinggal tiga ni saja yang sempat diambil gambar.


Oleh kerana terasa bersalah kerana dah 'ter'ngap beberapa biji donut, bercoklat pulak...! Saya dan sifu sepakat untuk masak tom yam sebagai hidangan tengahari tu. Nak meng'cover' kalori dan lemak yang termasuk ke dalam perut pagi tadi........ Kononnyer......! He...he...




Sunday, June 7, 2009

Pilu hati seorang ibu


Lebih kurang pukul 4 pagi , pada hari Isnin, tanggal 1 Jun. Saya dikejutkan dengan suara -suara kesibukan Abang Suri, Kak Lin, Kak Anjang, Sifu dan Mak wan bersiap-siap. Menurut sifu, Yop makin lemah dan mereka mahu segera ke hospital. Oleh kerana masih terlalu awal, Mak Wan dinasihatkan supaya tidak ikut serta. Mak Wan akur, walaupun di matanya tergambar keinginan yang kuat untuk pergi bersama. Sifu tetap ingin pergi walaupun baru beberapa jam kami sampai dari Pahang. Tak lama selepas mereka bertolak, saya lihat Mak Wan menyarung telekungnya, pasti untuk mendoakan anak tersayang..

Dalam pukul 8.30 pagi, Sifu dan Ayong memberi salam sambil menjinjing bungkusan sarapan. Sebelum itu seorang jiran telah pun menghantar dua mangkuk besar nasi goreng yang dimasak khusus untuk kami yang tinggal dirumah. Alhamdulillah, jiran-jiran di sini sangat perihatin dengan kebajikan keluarga Yop.

Selesai bersarapan, panggilan telefon diterima meminta Sifu dan Mak Wan segera ke Hospital. Beberapa minit kemudian satu lagi panggilan dari Yong (isteri Yop) meminta agar semua anak-anaknya segera ke hospital. Saya ditinggalkan untuk menjaga anak-anak dan anak- anak saudara yang masih kecil. Bagai sudah menjangka apa yang sedang berlaku di hospital, saya cuma dapat berdoa agar segala-galanya dipermudahkan untuk Yop.

Tepat pukul 10 pagi, saya dikhabarkan oleh anak-anak yang menjawab panggilan telefon bahawa Pak Yop dah 'pergi'. Innalillah.....


Sifu menelefon meminta agar saya bersiap sedia di rumah untuk menerima jenazah nanti. Ya Allah, apa yang perlu saya buat? Memang ini adalah pengalaman pertama saya.
Bagai mendengar kata hati saya, tak lama kemudian ada orang memberi salam. Seorang jiran (wanita) datang untuk membantu apa-apa yang patut dibuat di rumah (lama selepas itu baru saya tau dia bekas seorang doktor). Datang seorang lagi jiran (lelaki) bertanya apa yang patut dibantu. Mereka berbincang dan saya lihat masing-masing sibuk menelefon, seperti pegawai-pegawai penyiasat meminta bantuan.
Memang benar, kurang tiga jam segalanya telah disiapkan. Yong memberitahu mereka adalah jemaah surau di mana Yong menjadi AJK nya. Jemaah mereka sangat perihatin dengan kebajikan ahli dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti untuk jemaah. Itulah berkat berjemaah! Jenazah sempat dikebumikan sebelum a'sar.

Mak Wan, Yong dan anak-anak arwah Yop sampai dari hospital. Suasana senyap, tak ada perkataan yang terkeluar. Masing-masing dah tau apa yang bersarang di hati masing-masing.Wajah Yong yang sayu dan keletihan, wajah Mak Wan yang sebak kemerahan masing-masing punya cerita sendiri. Tapi saya pasti, antara hati-hati yang sebak di situ, hati Mak Wanlah yang paling pilu, saya rasa. Diuji dengan kehilangan anak sulung, anak yang pastinya paling lama bersama-samanya mengharungi suka duka hidup. Pemergian Di (anak bongsunya) masih lagi di tangisi.

Arwah Di pergi meninggalkan kami semua selepas sepuluh hari menyambut aidil fitri tahun lepas. Setiap kali bertemu dengan Mak Wan, arwah Di masih disebut-sebut. Itulah kasih ibu, walau sudah hilang dimata di hati tak pernah lupa..

Menurut sifu, sepanjang arwah Yop sedang nazak, mereka tak putus-putus membacakan yassin dan membisikkan kalimah syahadah di telinga arwah (dari lebih kurang pukul 5 pagi hinggalah arwah 'pergi' pada kira-kira pukul 9.55). Itulah juga pesan doktor yang bertugas ketika itu yang juga banyak memberi kerjasama pada ahli keluarga untuk sentiasa berada di sisi arwah. Saya fikir arwah sungguh bertuah kerana dibantu ketika mengharungi detik-detik paling genting dalam hidupnya.

Bagaimana pula dengan saya nanti... Adakah suami, anak-anak atau saudara mara yang akan bersama membantu ketika detik genting saya tiba pula. Hanya Allah saja yang mengetahui... Segala iktibar sepanjang bermusafir kali ini, saya harap dapat kekal lama di hati dan minda. Kematian sesungguhnya dapat mendekatkan diri dan hati kita pada Pencipta. Menyedarkan kita betapa sementaranya kehidupan di dunia ini.....

Al fatihah untuk arwah Yop.

Saturday, June 6, 2009

Sampai juga akhirnya..


Assalammua'laina, waa'la i'badillahhissolihin..... Kurang beberapa minit pukul 12 tengahari, saya dan keluarga sampai di pintu rumah (Pekan, Pahang). Alhamdulillah, bahagianya dapat balik ke rumah sendiri setelah seminggu bertukar-tukar destinasi. Patutlah ada pepatah Inggeris , Home Sweet Home, ataupun orang Melayu kata, hujan emas di rumah orang, hujan batu di rumah sendiri (tukar sikit ikut keadaan). Rumah sendiri juga yang dirindu....

Kami bertolak balik dari rumah Mak Wan (Teluk Intan, Perak) kira-kira pukul 4.30 pagi semata-mata untuk mengelakkan cuaca panas. Bila tiba di Tanjung Malim kami solat subuh dan sempat mengikuti kelas Tarannum di masjid ( lupa nak tengok nama masjid). Perjalanan di teruskan, sampai di Genting Sempah kami berhenti untuk sarapan. Dua kali berhenti mengambil masa lebih kurang 2 jam, maklumlah kalau dah ramai semua urusan jadi perlahan. Lebih-lebih lagi ketika melayan kerenah Ammar dan Ihsan.

Gambar di atas diambil ketika kami menyelusuri Genting Highland. Hanya satu ini yang sempat dirakam memandangkan kami semua dalam keadaan darurat (mengantuk). Sifu pulak terpaksa berhenti beberapa kali untuk menyegarkan mata( sangat penting untuk keselamatan ketika memandu!).


Bila semuanya dah masuk ke rumah ( termasuk barang-barang), maka pemandangan dalam rumah lebih kurang macam selepas dilanda tsunami. Badan pun rasa macam nak demam.....



Wednesday, May 27, 2009

Saya suka buku ni!


Buku comel berwarna biru terang bertajuk SIAPA MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Buku ini diterbitkan oleh PTS dan disusun oleh AINON MOHD. Dah lama saya mencari buku yang begini, menceritakan sirah nabi dalam bentuk kronologi. Buku ini menggunakan bahasa yang mudah, senang nak faham. Bertambahlah modal nak bercerita pada anak-anak. Moga banyak manfaatnya untuk saya. Tapi satu lagi yang paling 'best', buku ini memiliki saiz yang sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam beg tangan saya.... he..he... Bolehlah saya bawa dia kemana-mana saja. Mari membaca!

Friday, May 22, 2009

Ke mana menghilangnya 'Pendekar Melayu'.


Setiap kali balik dari kelas Taekwondo, Along dan Angah dengan bangganya akan menggayakan aksi baru yang dipelajari mereka hari tu khusus untuk tontonan ibu. Saya pun seronok juga melihat mereka begitu bersemangat dengan aktiviti baru ini. Terimbau difikiran....
Teringat semasa kecil-kecil dulu arwah opah sering bercerita mengenai moyangnya yang hebat melawan lanun dan penjahat. Kata opah, orang memanggilnya dengan gelaran Panglima Hitam. Walaupun kami yang mendengar ketawa, opah tetap bersungguh-sungguh bercerita. Terdetik di hati saya, betulke cerita opah ni...

Bila tiba giliran bapa bercerita, pasti perihal betapa hebatnya pencak Silat Cekak yang pernah dipelajarinya semasa muda. Bapa akan menunjukkan langkah-langkah silat persis seorang guru silat sedang mengajar anak muridnya. Kami yang mendengar, tetap terpaku walaupun sebenarnya tak berapa faham apa yang ditunjukkan. Mungkin dua orang abang yang sudah dewasa ketika itu lebih faham cerita bapa. Mak juga tak mahu ketinggalan bercerita tentang ketokohan ayahnya dalam ilmu mempertahankan diri.

Abang-abang saya pula kalau berkumpul, seronok sungguh berbincang tentang jurus-jurus silat Nasrul Haq bersama teman-teman mereka. Abang yang bongsu pula terlibat dengan aktiviti Silat Gayong di sekolah, tapi tak lama cuma setahun lepas itu tidak ada lagi.

Itu dulu... puluhan tahun yang lalu. Sekarang keadaannya sungguh berbeza. Sejak saya berpindah-randah dari KL ke Kuala Kangsar, lepas itu ke Kuala Trengganu kemudian sekarang di Pekan , Pahang rasanya belum pernah terserempak dengan aktiviti silat terutama di kalangan anak-anak yang bersekolah. Mungkin juga ada tapi dibuat di tempat tertutup hingga tak terkesan oleh masyarakat sekeliling.

Teringin juga melihat anak-anak segak mengenakan pakaian pendekar melayu dan melangkah pencak silat melayu. Bukannya untuk bertarung, tapi sekadar menyambung seni warisan bangsa sendiri dan juga membantu anak-anak lebih berkeyakinan dan berdisiplin.

Yang paling penting, ia mestilah bersih dari ajaran-ajaran khurafat.

Em... memang susah mencari kelas seni silat untuk anak-anak...


Oleh kerana memang dah lama tercari-cari, bila ada saja kelas taekwondo di sekolah anak-anak, kami terus daftarkan. Terfikir juga saya, sepatutnya anak-anak saya mempelajari seni pencak silat melayu bukannya taekwondo atau apa saja yang diimpot. Tapi apa boleh buat, itulah saja yang ada di depan mata.
Kan bagus kalau seni silat dijadikan aktiviti wajib di sekolah-sekolah. Barulah tak hilang warisan melayu di dunia.
Saya bukanlah seorang aktivis budaya cuma fikir-fikir seorang ibu di ruang dapurnya...

Sunday, May 17, 2009

Macam bunga kat rambut orang India.

Untuk tatapan K.Wan dan sesiapa saja yang suka tanam bunga.




Nama bunga ni saya tak tau tapi saya memang minat bunga ni sejak dari kecik-kecik lagi. Sekarang saya tanam di pagar rumah.

Pokoknya jenis menjalar dan memang sesuai di tanam kat 'pergola' (sekarang baru saya faham apa maksud pergola) macam kat rumah kak wan tu. Bunganye berjambak-jambak dan tahan lama. Sekali berbunga memang banyak, sedap mata memandang...

Kalau masa kat kampung dulu saya dan mak (geng tanam bunga) panggil bunga merah putih. Tapi kat kawasan perumahan saya ni, jiran-jiran selalu panggil bunga ni, macam bunga kat rambut orang India. He..he.. kelakar kan nama baru tu.. Tapi memang sekali pandang, macam jambak bunga melur yang wanita India suka cucuk kat sanggul mereka.


Yang bestnya bila dia berbunga tentu jiran yang lalu lalang akan menegur atau sekurang-kurangnya berpaling melihat kemeriahan bunga-bunga ini di pagar rumah saya. Emm... banggalah jugak. He..he... kalau kak wan atau ada sesiapa yang tahu nama bunga ni janganle malu-malu kongsi info kat sini ye!



Gambar di sebelah ni diambil ketika saya sedang teruk alahan mengandung anak bongsu (Ihsan).Tapi oleh kerana tak mau melepaskan peluang mengabadikan gambar bunga matahari yang sedang kembang dan bunga merah putih yang tengah meriah di pagar rumah, saya gagahkan juga..

Wednesday, May 13, 2009

Kenangan terindah

Seronoknya bila ramai rakan-rakan lama sempat menjenguk blog saya. Walaupun terpisah beratus kilometer antara satu sama lain, masih dapat sampuk menyampuk dalam blog ni.he..he... Kenangan di sek.12 dan 16 masih terlekat di ingatan. Rasa macam masih dirumah sewa pulak!

Ingat lagi gambar diatas? He..he....pada geng yang terlibat, sudah-sudahlah gelak tu.. Walaumacamanapun, itulah wajah kita di zaman 'muda' dulu. Hanin, maszuraini, atun , bashah, jannah, pipah, aida dan ramai lagi yang terlibat kalau ada persembahan nasyid..



Ramai lagi yang saya rindu, siti, pah pakhruddin, k.pah uia, k.yam, k.ida, k.bai, k.mai, k.midah, k.milah, salwa, saidah, semah (baru je dapat contact) sumaiyah, midah,nas, ja,bibah kek, ida, kak qilah, kak arif (doktor),sham, kamariah, shaima', aina dan ramai lagilah!

Kalau ada nama-nama yang terlupa nak sebut tu janganla ambil hati ye.. tak boleh nak ingat semua...dah tua kot!

Teringat-ingat kelembutan dan sentuhan keibuan k.ida (manalah k.ida sekarang..). Keriuhan dan fesyen-fesyen baju k.bai he..he..


Alhamdulillah k.piah , Huda, k.pah bikan, k.d, bashah, jannah, k.balqis, k.zu, k.ita,.k.taqiah, pipah masih boleh dihubungi.


Akhir sekali jangan kita lupa yang telah pergi meninggalkan kita dalam usia muda arwah adik

adawiyah (dalam gambar tudung pink), k.laila yang sentiasa dalam ingatan, juga ummu khair. K.mai juga baru-baru ni kematian suami. Al fatihah untuk mereka...

Khusus untuk Mursyidah moga sentiasa dalam pimpinan Allah, Allah sentiasa berama-sama orang yang benar.

Untuk bekas-bekas penghuni sek.16 dan sek.12 pulak marilah kita jalinkan kasih sayang antara kita semula tanpa mengira fahaman dan fikrah masing-masing. Ukhwah yang pernah terjalin janganlah diputuskan..




Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu.


Terima kasih untuk ibuku, mak. Kerana penat lelahmu jadilah aku seperti aku sekarang ini.

Juga terima kasih untuk mak wan kerana telah mendidik seorang insan hingga menjadi seorang suami dan ayah yang baik untuk kami hari ini. Hanya syurga hadiah yang layak untuk mu berdua..











Moga aku juga akan menjadi ibu yang memiliki hati semulia hatimu. Memiliki kasih sayang yang tiada penghujungnya untuk anak-anakku...amin..



Monday, May 4, 2009

Panas, panas,....


Malam ni angah pulak tumbang, badannya panas. Terbaring lesu di atas sofa. Ini bermakna dah ada tiga orang yang demam di dalam jagaan saya. Dah boleh jadi wad sementara rumah saya ni.

Mungkin kerana cuaca panas, anak-anak kecil mudah terkena tempiasnya. Jiran-jiran, rakan-rakan kerja sifu pun mengadu yang ahli keluarga mereka ramai yang dah terbaring demam.

Saya paling simpati dengan Ihsan, maklumlah dia masih kecil. Tak tahu nak mengadu sakit, apatah lagi suhu badannya mencecah 39 darjah celcius. Macam-macam yang terlintas di fikiran, tapi saya cuba tenangkan diri.


Lain pulak halnya dengan Ammar. Demam pun masih boleh melayan video ultraman di You Tube. Saya yang hanya duduk di rumah pun terasa 'birat' dengan bahang matahari, tak taulah bagaimana sifu menanggungnya setiap hari di tapak projeknya.

Sedang dalam kebahangan matahari dan rengekan Ihsan yang demam, saya teringat lirik lagu kumpulan nasyid Nadamurni sempena Ramadhan;


'Ini hanya ujian di dunia, tak sama dengan di akhirat nanti,

Bukan sekadar lapar dahaga tapi siksa pedih yang menanti,

Bersabar dengan ujian di dunia, akan menanti balasan di syurga,

Bersabar dengan ujian di dunia, akan menanti balasan di syurga...'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...