Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, October 8, 2012

BILAKAH HARINYA...?



Tiap tiap hari menatap gambar mu di skrin TV... terdetik di hati bilakah harinya...aku pula mendapat peluang dijemput menziarahi Kaabah... menziarahimu ya Rasulullah....


Saturday, March 24, 2012

PANCING - PANCING.

Semenjak duduk kat Tg. Agas ni, aktiviti memancing sifu 'hidup' semula. Tapi kali ni dia dah ada pengikut.... he..he.... Tinggal ibu seorang di rumah......hu...hu....






















Thursday, February 16, 2012

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.



Tv terpasang. Sifu mengadap komputer tetapi sesekali berpaling ke arah tv. Ammar dan Ihsan rancak bermain. Permainan yang mereka saja yang faham. Along tersandar di pintu di hadapan saya, yang sedang menggosok baju sekolah anak-anak untuk hari esoknya. Angah tersandar di sofa. Fokus nampaknya mengadap tv. Fokus mengadap tv memang menjadi kebiasaan Angah kecuali kali ini rancangan yang di tontonnya bukan kartun atau rencana National Geographic tapi rancangan 30 minit bersama Ustaz Don bertajuk 'Cinta Rasul'.

10 minit terakhir rancangan itu ruang tamu jadi senyap, kecuali terdengar Ihsan yang masih mengomel sendirian. Mata kami sekeluarga tertumpu ke screen tv. Ustaz Don nampak berkerut-kerut menahan esakannya. Pelik.... tapi benar. Seorang yang berserban dan berjubah, nampak gagah  tapi menangis teresak-esak bila menceritakan tentang detik-detik kewafatan Rasulullah.

"Apa yang sedih sangat, ibu?" tanya Angah berani dan jujur. Apa yang dapat saya jawab lagi padanya melainkan , orang yang sedang menangis teresak-esak itu adalah orang yang hatinya penuh dengan cinta pada Rasulnya. Kemudian dia diminta untuk menceritakan saat-saat orang dicintainya meninggalkan kita semua, tentu susahkan....Saya juga turut sebak. Ustaz itu kenal siapa Rasulullah sebab itu cintanya mendalam. Bagaimana pula dengan saya....

Saya sendiri bertanya dalam hati, apalah yang dirasai oleh ustaz muda itu di dalam hatinya sehingga begitu sekali reaksinya. Saya sangat ingin merasainya dan mengharap anak-anak saya juga dapat merasainya satu masa nanti. Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Don dan terima kasih TV AlHijrah kerana menyampaikan sirah rasulullah  dengan cara yang begitu berkesan sekali terutamanya pada anak-anak.

Semalam, ada program Maulidurrasul di Masjid Pekan dan penceramah jemputannya adalah Ustaz Don. Alhamdulillah. anak-anak bersorak bila diberitahu kami sekeluarga akan turut serta dalam program tersebut. Sejuk hati ibu. Ammar yang paling tak sabar... petang Sabtu dah siap-siap pakai baju melayu... he..he.... Hero-hero ibu ni masing-masing pasang angan-angan nak bersalam dan bergambar dengan Ustaz Don.



Cantik lampu yang digantung di ruang tengah masjid. Masjid ni baru saja mula digunakan.



Ni gambar Ustaz Don tengah beri ceramah, diambil oleh jurugambar amatur - Along. Pengisiannya lebih kurang sama dengan siri 'Cinta Rasul' di Tv Al Hijrah.






Ruang masjid penuh hingga ke luar.



Along cuma dapat ambil gambar orang bersesak-sesak nak bersalam dengan ustaz Don... he..he.. Tak apalah...anak-anak ibu, insyaallah ada rezeki lain kali. Ustaz Don yang pakai jubah hitam, nampak belakang jer....


Lepas ceramah orang ramai berpusu-pusu pula ke meja jamuan. Menu memang hebat nampaknya.... Tapi kami mengambil jalan pintas makan di kedai jer. Kena balik cepat, hari ni anak- anak sekolah. Gambar kat bawah ni Ihsan 'posing' kat kedai makan.


Wednesday, February 8, 2012

MAULIDURRASUL MERIAH DI TG. AGAS.


Program bermula 8.00 pagi. Berkumpul di persimpangan Taman Rosa menunggu kumpulan dari Masjid Tg. Agas. Saya yang tak dapat ikut serta pun terasa kemeriahannya.... Suara riuh anak-anak dan keluarga keluar  ramai- ramai berpakaian cantik.... Macam pagi raya.....Tak pernah saya rasa pengalaman begini.


Wah... dah sampai pun kumpulan dari masjid.... bergabunglah dua kumpulan. Makin meriah....Perarakan bermula... selawat pun bergema....

Perarakan menuju ke masjid baru. Disitu akan menunggu kumpulan dari kampung - kampung dari belah yang bertentangan.


 Muslimah pun tak ketinggalan.... Entah- entah, saya je yang tak ikut.... Terkilan sungguh!


Tu dia.... yang menunggu lagi ramai, siap dengan sepanduk.... Masjid baru yang belum siap sepenuhnya di sebelah kiri. Program ceramah dan makan- makan akan berlangsung di situ.




Sifu bercerita sambil depa duk berselawat, dua ekor makhluk ALLAH ini turut serta dalam rombongan mereka. He..he... comelnya....Tahun depan insyaallah, saya akan pastikan saya turut ada di majlis ini.

Sunday, September 18, 2011

PEMBAWA RAHMAT.


Syawal masih ada , menerima kunjungan dari kawan - kawan. Datang membawa rahmat insyaallah....


Kunjungan seorang sahabat dari Johor Bharu bersama anak -anak. anak - anak yang bersekolah di sekolah yang sama dulu pun seronok bertemu semula.



 Yang ni pula kunjungan dari dua orang sahabat lama dari Selayang bersama anak -anak.

Sunday, September 11, 2011

14 TAHUN BERSAMA MEMBURU REDHANYA.

Masih beraya? Biskut raya kat atas meja tu dah hampir pupus.




















Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Sekaligus menambah juadah andai ada yang datang bertandang semalam, kek ini dibuat sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 14.

Setelah 14 tahun dikurniakan 4 cahaya mata. Eh... mana sorang lagi?







oh.... yang sorang ni dah merajuk sebab lama sangat posing.... Ammar paling 'sporting' sengih jer.....



 Doakan ibu dan ayah selalu yer.....

Thursday, August 25, 2011

Tuesday, July 26, 2011

SAHABAT KARIB DAH BALIK!


Alhamdulillah, 2 minggu menunggu kepulangannya. Maklumlah, belum pernah berpisah. Nampaknya aktiviti menjahit akan rancak semula, Sebelum menyambung untuk menyiapkan tempahan, ada banyak seluar 'Pendekar Bujang Lapok' (koyak kat celah .......) nak di 'repair'. Emmm... ini semua gara - gara siri Dragon Ball dan tengok cerita 'Ong Bak' la ni.... Ber 'kung fu jer, budak budak kat rumah tu.

Monday, June 13, 2011

'DINOSAUR DAY'.













Memenuhi impian anak - anak yang dah lama nak berkunjung ke Pusat Sains Negara semata - mata keranamu 'Dinosaur'.

Wednesday, April 27, 2011

CONTENG - CONTENG SI ALONG.



Saya : "Along, tak ada kerja sekolah ke? Buat apa tu?"
Along : "Sekejaplah ibu... nak conteng - conteng sekejap."

Saya membiarkan Along melepaskan 'gian'nya melukis seperti biasa dengan harapan selepas itu dia akan lebih fokus pada kerja sekolahnya.
Beberapa minit kemudian.

Along : "Nah, ibu."
Saya  : "Em...terima kasih Along."

Along menghulurkan sekeping kertas dengan lukisan berbentuk hati tertera ibu di atasnya. Sejuk hati menerimanya. Terus saya simpan.

Beberapa hari kemudian ketika Along meninjau - ninjau buku latihannya di atas laci saya.

Along : "Eh, ibu simpan lagi kertas ni?"
Saya  : "Mestilah! Anak ibu bagi, mestilah ibu simpan. Semua yang anak - anak ibu bagi, ibu akan simpan sampai bila - bila."

Along tersenyum kecil. Banggalah tu.... Pemberian yang kecil - kecil begitu saya dapat hampir setiap hari terutama dari Ammar. Surat - surat 'cinta' dan lukisan - lukisan kecil, sungguh menghiburkan.... Walaupun kecil tapi nilainya amat besar di hati ibu.
Inilah antara nikmat menjadi seorang ibu kurniaan Allah swt yang perlu kita syukuri setiap detik kehidupan ini.

Andainya mampu ingin saja ibu mendoakan kebahagiaan dunia akhirat untuk Along, Angah, Ammar dan Ihsan  setiap kali menyedut udara di bumi Allah ini. Saya pasti hanya seorang ibu memahami perasaan ini.

Terima kasih Along, Angah, Ammar dan Ihsan kerana menjadi anak - anak yang baik untuk ibu.
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana melimpahkan nikmatMu ke atas hambaMu ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...