Showing posts with label Selingan. Show all posts
Showing posts with label Selingan. Show all posts

Monday, January 28, 2013

JOM BERSELAWAT!






صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2JHF4cI00

Wednesday, December 21, 2011

SELAMAT TINGGAL KARAK....



Talian internet akan dipotong sekejap lagi ..jadi ingin mengucapkan selamat tinggal rumah di Karak. Kami akan berpindah ke Pekan, Pahang pada 27 Disember ini  insyallah.....

Thursday, August 25, 2011

Monday, May 23, 2011

INDAHNYA ALAM.

" Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala."
                                                                                                                                                          
                                                                                                                            Al Mulk, ayat 5                       




"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."



                                                                                                                  Al Fushilat, ayat 12
                                   




"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),"

                                                                                                                            Al Hijr, ayat 16                        


 



"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya."
                                                                                                                                                               Al Furqan, ayat 61








Ummuafiq : gambar -gambar di atas adalah pemenang bagi ' Best Night - Sky Picture Contest'. Untuk lebih menikmati gambar - gambar ini klik pada sumber. Ruang di blog ni kecik sangat...


Sumber : National Geographic 

Sunday, May 8, 2011

DEDIKASI BUAT IBU TERCINTA : SEBUAH KISAH SEDIH GEMPA BUMI DI CHINA



Ini adalah sebuah kisah sedih pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi di China pada 12 May 2008. Bukti betapa kuatnya seorang ibu dan besarnya pengorbanan ibu demi memastikan anaknya yang masih seorang bayi terus hidup. Kisah yang pasti menyentuh hati kita semua. Seorang ibu telah ditemui mati di celah-celah runtuhan bangunan dalam keadaan berlutut dan kedua tangannya menghulur ke tanah menahan tubuhnya untuk melindungi bayinya. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni. Tapi tak salah kalau kita refresh semula demi mengenang pengorbanan seorang ibu. Sudah 3 tahun kisah ini berlalu.

                                           
                                                DALAM KENANGAN....



Ummuafiq : sedihnya cerita ni.... Tapi memang itulah yang pasti dilakukan oleh semua ibu di dunia untuk melindungi anaknya dalam keadaan terdesak. Naluri untuk menyayangi dan melindungi adalah anugerah ALLAH. Bersyukurlah padaNYA.

Terima kasih solihinzubir.com kerana berkongsi cerita ini.

Saturday, April 9, 2011

IBU HADIF GIVEAWAY 3/2011


IBU HADIF GIVEAWAY 3/2011  DITAJA OLEH KEDAI HUFFAZ.

Dulu cuba 'join' Gegar 1000 blog Ben Ashaari. Hari ni nak cuba 'join' aktiviti yang lebih kurang sama tapi yang ni siap ada hadiah cabutan bertuah pulak tu..... Menarik ni!
Terbaca pasal  ni kat blog Normi. Emmm..... rupa-rupanya hadiah -
hadiah ditaja oleh Kedai Huffaz. Tahniah Normi! Dah jadi tauke besar nampak.....he..he...
Aktiviti ni dianjurkan oleh Ibu Hadif. Pertama kali menjengah blog Ibu Hadif ni..... tq Normi.

Monday, February 21, 2011

SELAMAT JALAN ROS MERAH JAMBU!



Sejak dua menjak ni, rasa macam perlu menukar gambar profilku yang cantik ni. Walaupun dah hampir 2 tahun ia mewakili diriku ini.Ceh... sedihlah konon.
Sebenarnya bila usia telah menginjak ke usia 'remaja' ni, rasanya ros merah jambu tu terlalu 'muda' untukku.
Sementelahan lagi dengan kempen-kempen berterusan yang dibuat oleh rakan-rakan blog yang bergelar ustazah ni, supaya kita berhati-hati meletakkan gambar-gambar ke dalam dunia maya ni.....panjangnya ayat...!
Dan juga supaya gambar profil ku itu nanti nampak lebih matang walaupun gambarnya comel jer....He...he..

Maka dengan hati yang penuh keinsafan......ku gunakan dulu gambar muslimah comel berjubah kuning tu.
Sementara nak dapatkan khidmat profesional melukiskan avatar khusus untukku......alonglah...siapa lagi yang ada! (Ammar pun boleh juga ek...)

Diakhir tinta kuucapkan Selamat Tinggal Ros Merah Jambu!

Sunday, February 13, 2011

MENYAMBUT KELAHIRAN KEKASIH ALLAH.



Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com


Kata Imam Al- Sya'rani; "Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw yang sedang duduk di dalam masjid. Beliau berkata; " Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi." Lalu Rasulullah saw memberi tempat duduk kepada beliau di antara Baginda dan Abu Bakar ra. Orang ramai yang hadir berasa hairan dengan tindakan Rasulullah saw mendahulukan lelaki tersebut. Kemudian Rasulullah saw memaklumkan yang bermaksud; " Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat kepadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau." Lalu Abu Bakar bertanya; "Bagaimanakah lafaz selawat beliau?" Rasulullah saw pun menyebut selawat di atas.


Petikan dari buku TARBIAH ANAK-ANAK DENGAN ZIKIR DAN DOA.
Susunan oleh Ust. Zahazan Mohamed dan Rohidzir Rais.

Sunday, February 6, 2011

Thursday, January 6, 2011

KEMATIAN BEGITU DEKAT....


Tirai tahun 2011 saya dimulai dengan berita sedih kematian anak kecil seorang sahabat dalam kemalangan kereta. Anaknya berumur sekitar 5 tahun. Dada terasa pedih membaca berita itu kerana saya juga seorang ibu, punya anak berumur 5 tahun. Masih manja dan keletah, tentu sangat menghiburkan ibu dan ayah.
Sebaik terbaca berita itu, saya terus mencari Ammar dan Ihsan, terus memeluk mereka. Ya ALLAH ! Kau masih izinkan aku menikmati nikmat kasih sayang ini, terima kasih ya ALLAH....
Sahabat saya itu seorang yang hebat, saya tahu dia pasti tabah menerima takdir ini tapi saya doakan dia tabah dan kuat mengharungi hari-hari yang akan penuh dengan kerinduan pada arwah.

Di bawah ini saya titipkan tiga kisah hakikat kehidupan yang dikongsi dari seorang rakan blogger Dr Wan Faiziah.

************************************************************************************
Pada mulanya aku enggan menulis kerana my 'dissertation proposal' belum siap lagi..
Namun sejak kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang telah membuatkan aku terkedu, yang telah menyentak diriku dari mimpi, untuk bangkit berfikir dan mengingati Allah S.W.T.
Kalau dulu, para doktor diajar tentang cancer epidemiology...mostly affected those > 50 year old...terasa diri ini selamat dan jauh dari penyakit....
Namun hakikat sebenarnya yang berlaku di arus kemodenan ini tidaklah begitu..'carcinogen is everywhere'.
Orang muda begitu ramai mengidap kanser yang biasanya dihidapi oleh golongan separuh abad..

1) 13 syawal/oct...aku dikejutkan dgn berita kematian rakan sekelas sewaktu di matrix usm di STAR.
Innalillah..sedih dan hiba bila kubaca coretan fendiosman .
Dengan umur yang begitu muda telah dihidapi penyakit cancer cervix stage 4 yang telah menular ke ovary, kidney and lungs.
Mudahan rohnya ditempatkan bersama para solihin dan mudahan suami dan keluarganya tabah dengan dugaan ini.

Arwah Monaliza Hamzah..memang seorang yang baik,lemah lembut pertuturannya dengan suara yang serak2 basah dan tak pernah berkasar apatah lagi menyakitkan hati orang lain.
Alfatihah..

2)Itu kisah seorang kawan...ada lagi kisah bahana cancer termasuklah ahli keluargaku sendiri. Kakak iparku..Noraini Ahmad..
Dalam umur yang baru melangkah 39 tahun (tahun lepas) beliau disahkan mengidap colonic cancer (Kanser usus), yang akhirnya terpaksa dibedah untuk dibuang separuh daripada ususnya dan diberi rawatan chemotherapy sebanyak 12 cycle.
Kini barahnya telah merebak ke hati, beliau kini semakin cengkung dan cengkung dan kurus kering.
Dari sehari ke sehari kuperhatikan keadaannya makin lemah. Apa yang menyedihkan aku... anak -anak ....
Apakah nasib 10 orang anaknya, yang sulung baru di matrix dan yang bongsu 3 tahun.
Abangku bertungkus lumus bekerja di welding dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan anak2.
Sesungguhnya tiada lagi rawatan untuk penyakit kanser apabila sudah mencapai ke tahap yang serius.Hanya doa, traditional treatment, ikhtiar, kekuatan, semangat, dan sokongan ahli keluarga yang diperlukan.
Dengan pertolongan Allah, nothing is impossible dan sesuatu yang miracle boleh berubah dengan doa.
3)Pada pagi syawal yang lepas..abangku telah menerima anak saudara baru kerana kakak iparnya telah melahirkan seorang bayi comel.
Oleh kerana bayinya tak cukup bulan, terpaksalah dimasukkan ke dalam NICU.
Ibunya dibenarkan pulang untuk berhari raya..pada petang 2 syawal (8 mlm) aku dikejutkan dengan berita kematiannya..bukan baby, tetapi ibunya yang baru hari ke 2 melahirkan anak.
Sekali lagi aku terkesima. Dengan umur yang baru mencecah 33 tahun, anak 3 orang.
Yang sedihnya anak kecilnya masih dalam NICU yang amat memerlukan sokongan ibunya untuk terus melihat dunia fana ini.
Pada malam itu juga aku terus bergegas ke rumahnya di Jalan Tok Uban Pasir Mas.
Sesampainya aku di sana, aku begitu sebak melihat ibu arwah yang berlinangan air mata sehingga tidak boleh berkata-kata kerana terkejut dengan kematian anaknya yang jauh lebih muda daripadanya. Bertambah hiba apabila aku melihat anak arwah yang darjah 2 itu mengesat air mata berada di sisi arwah. Aku berkesempatan membacakan yassin disisi arwah., kubuka kain putih yang menutup arwah utk menatap wajahnya...SUBHANALLAH...wajahnya tersenyum manis umpama sedang tidur, begitu manis sekali, bersih dan tenang...lantas ku teringat malam tersebut malam jumaat(hari khamis, mlm jumaat) dan matinya adalah mati kerana melahirkan...matinya tiada hisab...mudah-mudahan rohnya berada bersama orang2 soleh.

oktober 2008

************************************************************************************

Begitulah hakikat kehidupan, hargai lah orang yang kita sayang selagi mereka masih bersama kita....

Tuesday, May 4, 2010

Adusssss!

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,情色論壇
May 2, 2010 7:16 PM


Pening, pening.... Macamana nak baca komen dalam Bahasa Cina nih? Kalau ada sesiapa yang boleh terjemahkan dalam Bahasa Melayu kan bagus. Ada dua lagi komen yang macam ni. Alahai....

Sunday, April 11, 2010

Ulang tahun pertama 'Cinta, kasih dan sayangku....'




Hari ini sudah genap setahun sejak dari entri pertama saya. Semoga saya dapat terus istiqomah ber'blog'. Sempena setahun usianya, saya akan menggunakan nama blog yang baru dan bukan lagi 'Diari hati'. Yang pasti isi dan temanya tetap sama.

Tuesday, December 15, 2009

YES! YES! YES!



Setelah hampir dua bulan menunggu talian internet disambung akhirnya dapat kembali menatap blog ni..... Alhamdulillah....rindunye dengan blog kekawan.

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT BERHARI RAYA SEMUA!


UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN KEPADA SESIAPA YANG DATANG SINGGAH DI BLOG INI, SAYA UCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA...SAYA MINTA MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN KATA-KATA SEPANJANG SAYA BERBLOG....

SEMOGA DIREZEKIKAN DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG......

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA.


Thursday, August 13, 2009

PERGIMU TIADA PENGGANTI


Lebih kurang pukul 11.15 pagi tadi.Terkejut membaca sms yang bertalu-talu dari kawan-kawan. Berita yang sama. Ustaz Asri Ibrahim meninggal dunia... Perginya dalam keadaan tidak diduga sama sekali.

Begitulah.....mengingatkan kita semua, bila Allah mahu memanggil hambaNya ia akan berlaku bila-bila masa tanpa ada amaran terlebih dahulu.

Untuk Jannah (isteri Ust Asri) dan anak-anak, semoga tabah menghadapi ujian ini....

Saya terbayang bagaimana kalau ianya berlaku ke atas diri saya pula...Sedang sibuk melayan kerenah anak-anak, menyiapkan makan tengahari, tiba-tiba rebah dan pergi... Begitu saja...

Umpama gugurnya sehelai daun kering, tidak sedikit pun memberi kesan pada yang lain.

Dah bersediakah saya menghadapi kematian.......?

Ya ALLAH, kurniakanlah aku dengan keampunanMU, mati dalam beriman....

Video klip di bawah ini sebenarnya adalah untuk entri terbaru saya sempena meraikan para petani ( Hari Petani - 10 - 16 Ogos ). Nasyid ini saya pilih sebab ia jarang kita dengar dan liriknya yang sungguh mendidik. Tapi lain pula takdir ALLAH. Sama-samalah kita hayati....


Saturday, July 18, 2009

Aku ini cuma makhluk Mu....


Kadang-kadang bila terlalu bekerja keras, terlalu membina harapan, terlalu membina impian, ada masanya kita akan terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Kesempurnaan pada hasil usaha kita, sempurna pada harapan yang dibina menggunakan akal manusia... Kita bagai mengharap syurga ada di depan mata.

Tapi kita sebenarnya telah sungguh terlupa bahawa kesempurnaan itu hanya milikNya...

Setelah berusaha, kita telah lupa tentang tawakal.

Sebab itulah hati rasa resah, fikiran kusut, jiwa tidak tenang.....

Sebagai hamba, kemampuan dan keupayaan kita amat terhad. Kekuatan akal dan fizikal tak seberapa...Sepatutnya kita sedar segala yang bergerak di muka bumi ini adalah dalam percaturanNya.

Gugurnya sehelai daun kering, mengalirnya air di sungai, berkerdip bintang di langit, semua adalah dalam pengetahuanNya...

Bagaimana mungkin Ia tidak nampak akan usaha kita, harapan dan impian kita....

Cuma kita yang selalu lupa dan leka untuk meminta dan terus meminta dariNya....

Bersyukur dan sabar dengan dugaanNya....

Kadang-kadang kegagalan itu mungkin tanda kasih sayangNya...

Agar kita tidak lupa, kita ini hanyalah seorang hamba....

Thursday, July 9, 2009

Cara kita....


Syukurlah, beliau dipanggil bertemuNya setelah memeluk Islam.


Sedekahkanlah al-fatihah untuk saudara baru ini..


Al-fatihah untuk saudara Mikail...

Saturday, June 6, 2009

Sampai juga akhirnya..


Assalammua'laina, waa'la i'badillahhissolihin..... Kurang beberapa minit pukul 12 tengahari, saya dan keluarga sampai di pintu rumah (Pekan, Pahang). Alhamdulillah, bahagianya dapat balik ke rumah sendiri setelah seminggu bertukar-tukar destinasi. Patutlah ada pepatah Inggeris , Home Sweet Home, ataupun orang Melayu kata, hujan emas di rumah orang, hujan batu di rumah sendiri (tukar sikit ikut keadaan). Rumah sendiri juga yang dirindu....

Kami bertolak balik dari rumah Mak Wan (Teluk Intan, Perak) kira-kira pukul 4.30 pagi semata-mata untuk mengelakkan cuaca panas. Bila tiba di Tanjung Malim kami solat subuh dan sempat mengikuti kelas Tarannum di masjid ( lupa nak tengok nama masjid). Perjalanan di teruskan, sampai di Genting Sempah kami berhenti untuk sarapan. Dua kali berhenti mengambil masa lebih kurang 2 jam, maklumlah kalau dah ramai semua urusan jadi perlahan. Lebih-lebih lagi ketika melayan kerenah Ammar dan Ihsan.

Gambar di atas diambil ketika kami menyelusuri Genting Highland. Hanya satu ini yang sempat dirakam memandangkan kami semua dalam keadaan darurat (mengantuk). Sifu pulak terpaksa berhenti beberapa kali untuk menyegarkan mata( sangat penting untuk keselamatan ketika memandu!).


Bila semuanya dah masuk ke rumah ( termasuk barang-barang), maka pemandangan dalam rumah lebih kurang macam selepas dilanda tsunami. Badan pun rasa macam nak demam.....



Tuesday, April 21, 2009

Sorrylah...


Ha..... baru dapat guna komputer balik. Dah berapa hari saya berpuasa dari berblog atau pun kalau ikut istilah ummu abbas beruzlah. Entah macamana komputer ni boleh jadi pening. Nak buat kerja, semuanya jadi tak betul. Habis tu terpaksalah di bawa mengadap sifu. Sesekali saya terfikir ' akukah yang bersalah? '.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...