Wednesday, December 21, 2011

SELAMAT TINGGAL KARAK....



Talian internet akan dipotong sekejap lagi ..jadi ingin mengucapkan selamat tinggal rumah di Karak. Kami akan berpindah ke Pekan, Pahang pada 27 Disember ini  insyallah.....

Sunday, September 18, 2011

PROGRAM BERSAMA ODESSEY AL AMIN.




Semoga berjaya sahabatku Sofiyah Satuyah Rasin dengan program pertamanya. Sesiapa yang berminat boleh ikut serta.

PEMBAWA RAHMAT.


Syawal masih ada , menerima kunjungan dari kawan - kawan. Datang membawa rahmat insyaallah....


Kunjungan seorang sahabat dari Johor Bharu bersama anak -anak. anak - anak yang bersekolah di sekolah yang sama dulu pun seronok bertemu semula.



 Yang ni pula kunjungan dari dua orang sahabat lama dari Selayang bersama anak -anak.

Sunday, September 11, 2011

14 TAHUN BERSAMA MEMBURU REDHANYA.

Masih beraya? Biskut raya kat atas meja tu dah hampir pupus.




















Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Sekaligus menambah juadah andai ada yang datang bertandang semalam, kek ini dibuat sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 14.

Setelah 14 tahun dikurniakan 4 cahaya mata. Eh... mana sorang lagi?







oh.... yang sorang ni dah merajuk sebab lama sangat posing.... Ammar paling 'sporting' sengih jer.....



 Doakan ibu dan ayah selalu yer.....

Thursday, August 25, 2011

Monday, August 15, 2011

JAKIM SAHKAN MENTEGA HARAM!


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter - Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.l
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Ummuafiq : Alhamdulillah belum pernah guna mentega ni...... kalau tidak bayangkan... kena samak satu dapur....adussss....

Tuesday, July 26, 2011

SAHABAT KARIB DAH BALIK!


Alhamdulillah, 2 minggu menunggu kepulangannya. Maklumlah, belum pernah berpisah. Nampaknya aktiviti menjahit akan rancak semula, Sebelum menyambung untuk menyiapkan tempahan, ada banyak seluar 'Pendekar Bujang Lapok' (koyak kat celah .......) nak di 'repair'. Emmm... ini semua gara - gara siri Dragon Ball dan tengok cerita 'Ong Bak' la ni.... Ber 'kung fu jer, budak budak kat rumah tu.

Wednesday, July 13, 2011

KEK HARI LAHIR AISYAH DAN ATIQAH


Tempahan kedua dari kawan lama Sharifah Nurul Huda atau nama penanya S. Huda pada 10 Julai lepas. Kek ini untuk anak - anaknya Aisyah dan Atiqah. Terima kasih Huda.
Untuk Aisyah dan Atiqah moga jadi anak yang solehah, di berkati umur dan rezekimu.

Tuesday, July 12, 2011

LELAKI VS PEREMPUAN

Angah : " ....lelaki pun ada...."
Along  : " Lelaki pun ada tapi perempuan  paling banyak kekurangan..." sanggah Along dengan bangganya sambil mengerling ke arah saya, mungkin risau dengan respon saya pada isu yang sedang dibincangkan.

Apalah punca perbualan budak - budak ni, fikir saya. Bukan senang nak buat budak - budak lelaki ni bercerita tentang apa yang sedang mereka fikirkan, maka saya mencelah.

Ibu     : " Allah cipta lelaki dan perempuan sama aje, ada lebih ada kurang. Kalau Along rasa lelaki ada banyak kelebihan dari perempuan, itu sebab tanggungjawab dan kerjanya lebih besar, lebih berat dari orang perempuan kat dunia ni...lelaki ni ketua, dia kena memimpin orang lain, jaga orang perempuan, keluarga, ibu ayah , jaga dunia ni.
Angah : " a..ah.. lelaki ni kuat! Sampuk Angah.
Ibu     : " Allah jadikan kita kat dunia ni sebagai khalifah. Khalifah tu maknanya penjaga, pemimpin...
Angah : " aaahhh.. mengantuk la ibu...."

Along mengekek melihat gelagat Angah. Itu strategi biasa mereka untuk mengelak dari mendengar ilmu atau nasihat. Saya dah faham benar. Saya teruskan perbualan tanpa memperdulikan Angah. Lebih serius dan lebih fokus pada Along. Bila nampak saya serius memandangnya, Along mengalah dan kembali fokus pada saya.

Ibu    : " Along tengok sekarang, macam - macam jadi kat dunia ni. Ada lelaki yang bunuh orang, merogol, buli orang, merompak....semua tu sebab dia tak buat tanggungjawab dia sebagai lelaki. Orang perempuan pulak tugas dia jaga dan bersama keluarga. Tapi sekarang orang perempuan tunjuk tunjuk badan sana sini, dan buat macam -macam benda tak elok sebab dia tak buat kerja dia sebagai orang perempuan."

Along tersengih bila saya sebut pasal orang perempuan  sambil mengajuk gaya model beraksi.

Ibu   : " Ada satu lagi tugas kita kat dunia ni iaitu sebagai hamba. Hamba ni kerja dia ikut apa tuan dia suruh kan. Jadi tugas kita yang kedua ialah ikut apa yang Allah suruh. Jadi apa yang Allah suruh kita buatlah."

Bas sekolah melencong masuk ke simpang rumah, maknanya perbualan kena berhenti disitu. Along nampak fokus dari tadi lagi, alhamdulillah. Mungkin nak buat modal bersembang dengan kawan - kawan di sekolah nanti. Saya berpaling pada Angah, mata terpejam bersandar pada tiang lampu. Saya menyucuk perutnya sambil bertanya,
         " Angah dengar ke apa ibu cakap tadi?"
Angah hampir melompat terkejut sambil menjawab,
         " a..a....dengar, dengar. Orang lelaki kena jaga orang perempuan..." sambil terkekek menahan geli.
Bas sudah ada di hadapan kami, Along dan Angah bergegas ke tangga bas sambil mengucapkan ayat yang saya suka mendengarnya..." pergi dulu ibu..."  Saya mengangguk sambil membalas lambaian mereka.
Pagi ini deruman bas  saya iringi dengan doa yang agak lain dari hari - hari lain.
"Ya Allah, lindungilah anak - anakku dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah dajal." Kemudian baru saya sambung dengan doa - doa yang lain. Selesai tugas saya untuk mereka pagi ini.
Sambil berjalan masuk ke rumah terlintas di fikiran saya... Ya Allah..., memang dah lama sebenarnya memikirkan cara yang paling 'simple' nak bagi tahu anak - anak tentang dua peranan manusia di dunia. Malah dah lama saya minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan agar anak -anak dapat menerimanya. Terima kasih  ya Allah kerana mengaturkan segala - segalanya, menentukan bilakah masa yang paling sesuai.
Dengan pantas saya cuba 'review' apa yang dah saya sampaikan pada mereka ( pada Along sebenarnya). Oh...ada yang perlu dikemaskan penjelasannya, kena buat 'follow up' masa usrah nanti.
Oh ye...usrah...satu program yang di gemari oleh anak - anak terutama Angah tapi paling tak disukai oleh Along. He...he... sabarlah Along, benda baik memang tak seronok. Mungkin usrah kali ni kita boleh nyanyi lagu Maher Zain - 'Hold my hand'..ok tak?


                   Along dan Angah , dua watak yang sangat jauh berbeza....                                        
                                                                               

Sunday, July 10, 2011

KEK HANTARAN NADRAH DAN NORHAN



Terima kasih Cik Ina dan untuk Ayong, semoga tenang dalam merancang hari bahgia April nanti.

Monday, July 4, 2011

Kek 'Treasure Bowl'


Kek ini sesuai untuk anak - anak kecil....

Seronok melihat anak- anak mengagih - agihkan 'harta karun' selepas kek di potong. Ada tempahan untuk kek ini pada 10 Julai nanti. Walaupun 'second order', tapi yang ini 'delivery' pertama saya. Mengubah sejarah hidup dari tukang jahit kepada pembuat kek....he..he....
Ini semua gara - gara anak - anak saudara yang berderet - deret nak melangsungkan perkahwinan, tergerak untuk serius mendalami ilmu 'bakery' pula, lebih lebih lagi mesin jahit tengah masuk 'spa'...

Friday, July 1, 2011

POPIA GORENG SEDAP.






Petang Rabu lepas saya cuba resepi ni buat kali kedua. Al maklum masa cuba kali pertama beberapa hari sebelumnya, semua hakim - hakim mengadu tak puas menikmatinya.
Alhamdulillah cubaan kali edua lebih menjadi. Popia kurang berminyak dan warnanya lebih cantik.
Habis jer popia, hakim - hakim pun bertanya, "bila nak buat lagi". Sabar je la.....
Terima kasih banyak pada Azie, rakan yang berkongsi resepi ini.

Bahan:

Kulit popia ( guna saiz besar)
1 biji sengkuang *
1 batang lobak merah *
3 ulas bawang merah #
2 ulas bawang putih #
3 sudu besar sos tiram
3 ketul ayam di kisar ( boleh guna yang dah siap di kedai)
 garam dan gula ikut citarasa masing - masing

Cara :
1. Bahan bertanda * di sagat atau di blend - jangan terlalu hancur
2. Bahan bertanda # di tumbuk
3. Sos tiram boleh ditambah (kalau suka)
4. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam kisar. Gaulkan hingga ayam masak.
5. Masukkan sos tiram, sengkuan dan lobak. Gaul rata.
6. Tambah gula dan garam. Masak hingga sekering yang boleh.
7. Angkat, toskan dari minyak. Bila dah sejuk balut dengan kulit popia - ikut kreativiti masing - masing.
8. Goreng dengan api sederhana panas. Angkat bila warna dah kekuningan dan tegakkan atas dulang untuk toskan minyak.
9. Untuk lekatkan kulit popia, gunakan bancuhan tepung yang agak pekat.

Sos ;
Saya guna yang simple jer, ketuk 3 ulas bawang putih, masukkan dalam periuk bersama dengan sos cili dan sos tomato atau mana - mana sos yang anda suka. Masakkan sekejap.

Ok , dah boleh hidang.....buat lebih - lebih sikit ye..nanti tak cukup pulak!

Wednesday, June 29, 2011

MY FIRST FONDANT CAKE...




Sebenarnya kek ni dibuat untuk praktis menggunakan fondant. Kek yang sebenar, yang dalam perancangan adalah untuk pertunangan anak saudara sifu Nadrah pada 9 Julai nanti. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....excited nak menghiasnya.... Untuk praktis ni... ku'sauk' jer apa yang ada kat stok....he..he....ramai juga yang bekenan.. Alhamdulillah...itulah pembakar semangat...
            
Kek : Choclate Moist Kukus
Deco : Fondant  dan icing

Monday, June 13, 2011

'DINOSAUR DAY'.













Memenuhi impian anak - anak yang dah lama nak berkunjung ke Pusat Sains Negara semata - mata keranamu 'Dinosaur'.

Monday, May 23, 2011

INDAHNYA ALAM.

" Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala."
                                                                                                                                                          
                                                                                                                            Al Mulk, ayat 5                       




"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."



                                                                                                                  Al Fushilat, ayat 12
                                   




"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),"

                                                                                                                            Al Hijr, ayat 16                        


 



"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya."
                                                                                                                                                               Al Furqan, ayat 61








Ummuafiq : gambar -gambar di atas adalah pemenang bagi ' Best Night - Sky Picture Contest'. Untuk lebih menikmati gambar - gambar ini klik pada sumber. Ruang di blog ni kecik sangat...


Sumber : National Geographic 

Sunday, May 8, 2011

DEDIKASI BUAT IBU TERCINTA : SEBUAH KISAH SEDIH GEMPA BUMI DI CHINA



Ini adalah sebuah kisah sedih pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi di China pada 12 May 2008. Bukti betapa kuatnya seorang ibu dan besarnya pengorbanan ibu demi memastikan anaknya yang masih seorang bayi terus hidup. Kisah yang pasti menyentuh hati kita semua. Seorang ibu telah ditemui mati di celah-celah runtuhan bangunan dalam keadaan berlutut dan kedua tangannya menghulur ke tanah menahan tubuhnya untuk melindungi bayinya. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni. Tapi tak salah kalau kita refresh semula demi mengenang pengorbanan seorang ibu. Sudah 3 tahun kisah ini berlalu.

                                           
                                                DALAM KENANGAN....



Ummuafiq : sedihnya cerita ni.... Tapi memang itulah yang pasti dilakukan oleh semua ibu di dunia untuk melindungi anaknya dalam keadaan terdesak. Naluri untuk menyayangi dan melindungi adalah anugerah ALLAH. Bersyukurlah padaNYA.

Terima kasih solihinzubir.com kerana berkongsi cerita ini.

Wednesday, April 27, 2011

CONTENG - CONTENG SI ALONG.



Saya : "Along, tak ada kerja sekolah ke? Buat apa tu?"
Along : "Sekejaplah ibu... nak conteng - conteng sekejap."

Saya membiarkan Along melepaskan 'gian'nya melukis seperti biasa dengan harapan selepas itu dia akan lebih fokus pada kerja sekolahnya.
Beberapa minit kemudian.

Along : "Nah, ibu."
Saya  : "Em...terima kasih Along."

Along menghulurkan sekeping kertas dengan lukisan berbentuk hati tertera ibu di atasnya. Sejuk hati menerimanya. Terus saya simpan.

Beberapa hari kemudian ketika Along meninjau - ninjau buku latihannya di atas laci saya.

Along : "Eh, ibu simpan lagi kertas ni?"
Saya  : "Mestilah! Anak ibu bagi, mestilah ibu simpan. Semua yang anak - anak ibu bagi, ibu akan simpan sampai bila - bila."

Along tersenyum kecil. Banggalah tu.... Pemberian yang kecil - kecil begitu saya dapat hampir setiap hari terutama dari Ammar. Surat - surat 'cinta' dan lukisan - lukisan kecil, sungguh menghiburkan.... Walaupun kecil tapi nilainya amat besar di hati ibu.
Inilah antara nikmat menjadi seorang ibu kurniaan Allah swt yang perlu kita syukuri setiap detik kehidupan ini.

Andainya mampu ingin saja ibu mendoakan kebahagiaan dunia akhirat untuk Along, Angah, Ammar dan Ihsan  setiap kali menyedut udara di bumi Allah ini. Saya pasti hanya seorang ibu memahami perasaan ini.

Terima kasih Along, Angah, Ammar dan Ihsan kerana menjadi anak - anak yang baik untuk ibu.
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana melimpahkan nikmatMu ke atas hambaMu ini.


Tuesday, April 19, 2011

BISKUT OAT SUJI.

"Bila nak buat biskut 'feberet' Ammar?"
"Bila nak buat biskut 'feberet Ammar?" Dah hampir sebulan, itulah ayat yang di'zikir'kannya setiap hari. Jadi , bila saja ada sedikit kelapangan masa, saya tunaikan hajat Abang Cik sorang ni.... Biskut 'feberet' yang dimaksudkan tu tak lain dan tak bukan ialah biskut oat suji.

Resepi yang saya gunakan ini asalnya milik chef seleberiti kita Chef Wan. Tapi setelah sedikit ubahsuai mengikut tekak para hakim jadilah seperti di bawah. Maaf ye Chef Wan, bukan nak menderhaka cuma mengembangkan lagi kreativiti....he...he.... Kalau mengikut Chef Wan, biskut ini lebih lembut, lebih manis dan dilonggokkan saja kecil-kecil atas tray pembakar. Jadi dengan pandainya saya pun mengubahnya menjadi kurang manis, lebih pejal dan diletak dalam 'paper cup' supaya lebih comel dan senang disimpan.


Kebetulan semasa 'shopping' di kampung dulu saya terjumpa 'paper cup' yang menawan hati dan membelinya untuk simpanan. Sekaranglah masa untuk menggunakannya!

Bahan - bahan ;

250 gm oat  (dikisar halus)
250 gm minyak sapi ( pastikan yang halal)
120 gm tepung gandum
180 gm gula kasar (dikisar. Kalau nak kurangkan lagi pun boleh)
1 sudu teh esen vanilla
2 peket paper cup bersaiz kecil
gula manik secukupnya untuk hiasan

Cara;

Gaulkan minyak sapi, tepung,gula dan esen vanilla hingga sekata.
Kemudian, masukkan oat dan gaul lagi hingga sebati dan sekata. Dah siap! Senangkan.
Sekarang bentukkan bulat - bulat , lebih kurang 2/3 saiz paper cup. Masukkan dalam paper cup, susun atas tray pembakar dan akhir sekali tabur gula manik atasnya ( 'part' ni Abang Cik memang suka tolong).
Bila dah tersusun dalam tray... eemm comelnyer....Terhiburnya rasa hati, tak terasa penat membuatnya.

Setelah oven dipanaskan lebih kurang 2o minit, bakar dengan suhu 130 darjah celsius atau mengikut ragam oven masing- masing. Yang penting bahagian bawah biskut mestilah nampak sedikit perang.
Setelah disejukkan, bolehlah dihidangkan. Simpanlah kalau sempat he...he....

Saturday, April 9, 2011

IBU HADIF GIVEAWAY 3/2011


IBU HADIF GIVEAWAY 3/2011  DITAJA OLEH KEDAI HUFFAZ.

Dulu cuba 'join' Gegar 1000 blog Ben Ashaari. Hari ni nak cuba 'join' aktiviti yang lebih kurang sama tapi yang ni siap ada hadiah cabutan bertuah pulak tu..... Menarik ni!
Terbaca pasal  ni kat blog Normi. Emmm..... rupa-rupanya hadiah -
hadiah ditaja oleh Kedai Huffaz. Tahniah Normi! Dah jadi tauke besar nampak.....he..he...
Aktiviti ni dianjurkan oleh Ibu Hadif. Pertama kali menjengah blog Ibu Hadif ni..... tq Normi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...