Thursday, June 25, 2009

Pokok Daun Sup kebanggaanku!


Bukan lah bangga sebab apa... he...he.... Sebabnya, dah hampir sepuluh kali saya cuba menanam pokok daun sup tapi semuanya tak kesampaian. Inilah kali pertama ia dapat bertahan dan kelihatan agak subur.

Sekarang , kalau buat sup ke, bihun goreng ke, boleh ambil je kat depan rumah.

Rasanya elok kalau saya kongsikan di sini sedikit info mengenai daun sup ini yang saya kutip dari Wikipedia.
Daun sup atau pun nama lainnya daun saderi atau daun seleri (yang Wonder pets suka makan tu) kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B kompleks, C dan magnesium. Nama saintifiknya ialah Apium graveolens.


Daun sup ni selalunya digunakan sebagai penawar kepada tekanan darah tinggi. Caranya ialah dengan memotong daun ni kecil-kecil, dicampurkan dengan air dan sedikit gula. Untuk lebih bekesan minum air tu tiga kali sehari. Begitulah lebih kurang kata artikel dalam wikipedia tu. Boleh lah kalau sesiapa nak cuba!


Dari pengalaman yang lepas-lepas, pokok ni sebenarnya tak boleh disiram terlalu kerap, tapi tanahnya hendaklah sentiasa lembap saja. Maknanya kalau nak bagi dia air, renjis-renjis pun dah cukup. Nanti akar dan batangnya reput. Satu lagi, selain dari kita (manusia-manusia ni ) sukakan baunya, ada satu lagi makhluk (selain dari Wonder Pets) yang sangat sukakan pokok ni iaitu sang siput khinzir. Pernah sekali tu, tinggal tunggul je pokok daun sup saya dibaham dek sang siput ni. Emm... nak buat macamana lagi, niat sedekah je lah..

Macamana nak halau sang siput? Memang ada ubat untuk menghalang siput dari mendekati pokok dijual di kedai-kedai bunga. Ada juga petua supaya ditaburkan garam disekeliling pokok ataupun pasu untuk menghalang siput. Gunalah mana-mana yang sesuai dengan keadaan rumah kita.

Pokok ni juga sukakan matahari, jadi janganlah letakkan dia di tempat yang terlalu teduh.
Kalau ada yang baru nak mencuba menanam pokok daun sup, saya ucapkan selamat berjaya!

10 comments:

  1. Segar bugar je yer daun sup nyer...mmm nak wat sup lah arini..hihi..tp daun sup lak tade nih nak sket bleh!
    Akak tau anak2 saya dulu sikit pun daun sup tak mo mkn kalau buh kat sup ke mee ker marah betui suruh buang..bila saya kata ni la daun saderi yg wonder pets tu makan...berebut pulak nak makan...sabo je la kan...pengaruh betul!

    ReplyDelete
  2. Sayur bayam pun depa nak try juga sebab tengok popeye makan jadi kuat...kononnye..

    ReplyDelete
  3. salam,
    kira bagus ni..rasa tak sabar nak bercucuk tanam balik..sekarang nak menanam pun dok fikir nak pindah rumah je..mantain2 yg mana ada je la..

    ReplyDelete
  4. Cadangnya, k.wan nak pindah ke mana?

    ReplyDelete
  5. salam oooo kak g wehhh..stau ku kn kn..daun sup & daun saderi & seleri are 3 different kinds of sayurs..ngeh3.. yg wonderpets suka mkn tu seleri btg pjg2 daun secoit org boh dlm sup or tomyam :D

    ReplyDelete
  6. Akak pung ingat macam tu tapi dalam wikipidea tu kata lain... tak tau le koi..

    ReplyDelete
  7. Bagus bagus bagus.. akak ni dah banyak kali cuba menanam, tak pernahnya nak hidup. Batangnya reput. oo.. itu tndanya terlebih air ye?

    ReplyDelete
  8. The TC10 is established on wheels that it enables
    it to get moved simply regardless of the 185lbs excess weight.


    Here is my homepage; click through the up coming webpage

    ReplyDelete
  9. Cardio exercise sessions are a crucial aspect of any physical fitness
    program and help you to boost your all round coronary heart overall health.



    Feel free to surf to my homepage :: Suggested Looking at

    ReplyDelete
  10. They're uncomplicated to store away when you happen to be not utilizing them, and provide with you wherever you discover time to operate out.

    Also visit my homepage ... bowflex dumbbells 552

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...