Monday, May 4, 2009

Ziarah Yop di Kajang.


Agak terlewat memasukkan 'entry' tentang ini. Macam-macam berlaku dalam masa seminggu, tak sempat nak mencuri masa menghadap komputer.

Petang Jumaat lepas, saya sekeluarga bertolak ke Kajang khusus untuk menziarahi abang sulung sifu yang sedang sakit. Anak-anak tetap 'excited' walaupun perjalanan kami bertujuan untuk ziarah saja. Biasalah budak-budak, gembira sentiasa dalam apa jua keadaan. Kami sampai agak lewat memandangkan kami bertembung dengan warga kota yang masih belum sampai ke rumah. Lagipun sifu dah lama tak memandu di KL, lupa jalan agaknya.
Sampai di rumah Yop kami disambut Mak Wan (ibu mertua saya) dan kemudian diikuti dengan anak-anak Yop. Ayong, Angah, Alia, Ain, Amir dan juga si keletah Maisara. Dah lama tak jumpa mereka semua ni.

Esoknya adik beradik sifu yang lain pula tiba. Maka jadilah perhimpunan keluarga seperti biasa.
Pagi sabtu saya sekeluarga bertolak balik ke Pekan, Pahang. Tak boleh lama-lama, esoknya anak saya Along ada latihan untuk pertandingan kawad kaki antara sekolah. Pakaiannya belum disiapkan lagi. Angah pulak ada latihan Taekwondo. Sibuk sungguh budak-budak sekarang ni.
Gambar di atas diambil ketika saya berziarah ke rumah Yop dua tahun lepas. Ziarah yang baru ni tak sempat nak ambil gambar. Moga Yop cepat sihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...