Monday, October 8, 2012

BILAKAH HARINYA...?



Tiap tiap hari menatap gambar mu di skrin TV... terdetik di hati bilakah harinya...aku pula mendapat peluang dijemput menziarahi Kaabah... menziarahimu ya Rasulullah....


Saturday, September 22, 2012

MINGGU REHAT....

Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan di sini tapi kesempatan masa sangat terbatas. Sejak dua minggu lepas sibuk dengan tempakan kek. Minggu ni ada sedikit ruang untuk bersantai. Saya ambil peluang mengunjungi Pantai Tg. Agas bersama anak - anak. Emmm....lapang rasanya....




Tiada yang lebih menenangkan dari menikmati keindahan ciptaan ALLAH. Foto ini saya pinjam dari web National Geographic....

Monday, August 27, 2012

KISAH SEPANJANG RAMADHAN.


Assalammuaalaikum semua.....hari ni bukan nak cerita pasal raya....nak 'flash back' apa yang berlaku sepanjang ramadhan. Post sepintas lalu yang tertangguh sejak dari minggu lepas . Lepas ni baru post pasal raya pulak yer.....

 Acara tahunan ketika Ramadhan, bergotong - royong menyiapkan popia goreng.


Belum goreng lagi.


Ha... ini aktiviti tetap hero - hero ku  sepanjang Ramadhan.


Yang tak puasa pun letih juga.


Ha... dah siap dah.....



 Kerahan tenaga buat kuih siput.







Antara juadah untuk dihantar ke rumah jiran.





 Selain dari ikan segar dari laut, ini juga menjadi balasan juadah di bulan Ramadhan. Maklumlah duduk  kat dengan laut. Jiran - jiran pun ramai yang turun ke laut sendiri.Pertama kali tengok dan masak sotong sebesar ini.....takut....


Sesi membuat biskut raya. Ni je foto yang sempat diambil.



Menyiapkan tempahan kek kering.



Dah siap... boleh balik kampung.....

Thursday, July 26, 2012

10 PERANAN IBUBAPA MENJELANG PEPERIKSAAN.


Tak lama lagi Angah nak menduduki UPSR, ibu
doakan Angah berjaya.






10 PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN
Oleh:  Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D
Perunding Motivasi MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
drasmadi@maptraining.com.my


Musim peperiksaan menjelang lagi.  Disaat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak.  Diantara ibu dan bapa pula, ibulah yang lebih gemuruh berbanding bapa.  Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa.  Malah saya baru sahaja mampu bernafas lega apabila anak yang sulung kini selesai peperiksaan UPSRnya.  Memang pengalaman mendidik anak orang dengan mendidik anak sendiri cukup berbeza.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan terhadap seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan.
Salah pendekatan kita maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya. 

Saya teringat bagaimana tahun lepas seorang pelajar motivasi saya telah menelefon dan menangis sedangkan PMR hanya tinggal 10 hari sahaja lagi.  Setelah ditenangkan, maka dia beritahu saya bagaimana tertekannya dia apabila ibu bapa terus mengherdik, menekan dan memarahinya kerana dia hanya memperolehi 3A sahaja dalam peperiksaan percubaannya.  Dia rasa dia telah gagal sebagai seorang anak dan tidak yakin untuk berhadapan dengan PMR yang sebenar.  Nasib baiklah dia sempat mengadu dan meminta bantuan.  Bagaimana pula dengan ratusan ribu pelajar lain yang tidak mempunyai tempat untuk mengadu?  Sebab itulah kita sebagai ibu bapa mesti tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk kecemerlangan anak-anak menjelangnya peperiksaan. 

1.  Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak
Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang.  Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.  Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan.  Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya.  Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya.  Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini.  Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka.  Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.  Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia.  Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui. 

Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal.  Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar.  Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah.  Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika.  Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga.  Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula.  Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula.  Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2.  Tingkatkan Keyakinan Diri Anak
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak.  Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri.  Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan.  Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka.  Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata.  Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. 

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.  Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.  Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat  pengalaman.  Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai.  Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3.  Dorong Anak Secara Positif
Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif.  Apakah kata-kata positif?  Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. 

Misalnya:
bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!",
bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati",

Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

4.  Kerjasama Sepenuhnya 
Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.  Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.  Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah.  Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng.  Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran.  Begitulah juga dengan yang lain-lain.  Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya.  Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.

5.  Kurangkan Aktiviti Luar
Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya.  Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak. Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

6.  Elakkan Anak Dari Tidur Lewat
Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka.  Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan.  Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal.  Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit.  Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.  Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.

7.  Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian
Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan.  Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.  Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri.   Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama.  Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas.  Anak-anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8.  Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas
Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.    Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.  Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas.  Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya.  Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati.  Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya.   Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa.  Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah".

Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya.  Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi.

Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya.  kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai menghargai penat lelahnya itu.

9.  Ambil Cuti
Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan.  Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut.  Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya.  Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik.  Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur.

10.  Banyakkan Berdoa dan Solat hajat
Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya.  Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.  Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu.  Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya.  Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya. 

Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang.   Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah mereka seadanya.  Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka sendiri.

Monday, June 11, 2012

HADIAH NI PUN DAH OK...!




Hari Ibu yang lepas, saya sengaja menduga anak - anak. "Tahun ni tak de pun ibu dapat hadiah...sian ibu...."
Masing - masing buat muka kelat....minta maaf dalam hati la tu.... Esoknya Along tiba - tiba meluahkan azamnya. "Tak pe bu, Hari Ibu Along tak bagi apa - apa kat ibu. Nanti 'birthday' ibu Along sambut best... punya".
Sejuk hati dengar.... Geli hati pun ada.... Bukanlah hadiah yang di harapkan sebenarnya tapi ingatan itulah yang paling bermakna.

Petang tu seperti biasa sambil menanti kepulangan Along dari sekolah saya duduk di muka pintu memotong kuku Ihsan. Tak lama kemudian Along menjenguk sambil memberi salam. Bila saya mendongak hendak menjawab salamnya Along seperti melambai  - lambaikan sesuatu pada saya. Lama merenung baru saya jelas apa yang cuba di tunjukkan oleh Along.'Pen drive 8 G'!!


Wah... tahniah Along! Hebat anak ibu.... Saya hampir bersorak untuk Along. Adik - adiknya yang lain pun turut berkumpul melihat apa yang di bawa Along dari sekolah.

Dua minggu lepas Along memberitahu, "ibu, Along dah daftar nama untuk menyertai pertandingan lukisan animasi di sekolah sempena Minggu Sains dan Teknologi". Agak mengejutkan saya sebab selalunya Along tak berminat menyertai apa - apa aktiviti di sekolah." Ibu tahu hadiah dia apa, kalau dapat nombor satu...?" Pen drive 8 G!!!!". Oh... patutlah....Itulah benda yang dah lama nak di beli Along tapi masih kami belum membenarkan walau dengan duitnya sendiri. He...he...cuma risau Along membelanjakan duit poketnya pada sesuatu yang tak bermanfaat.

Sehari sebelum pertandingan nampak dia berusaha berlatih melakar apa yang dirancang untuk pertandingan. Saya dan sifu turut membantu dia memperbaiki lukisannya.
Alhamdulillah nampaknya berhasil usaha Along. Tahniah Along! Yang paling ibu bangga bila melihat Along berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang Along mahu. Ibu harap sifat itu akan berterusan sampailah bila bila. Kemudian terdetik di hati saya, Along... tak payahlah susah - susah nak bagi hadiah kat ibu bila 'birthday' ibu nanti. Sebab hadiah ni pun dah Ok......


Thursday, April 19, 2012

ZIARAH GENG LAMA.

Dah  hampir 3 minggu baru sempat nak buat entry ni.... 31 Mac lepas dapat peluang menziarahi geng usrah P100 dolu - dolu..he..he.. Sambil - sambil menerima pelawaan Pn Anita Hassan untuk menerima pemberian yang besar nilainya pada saya. Terima kasih Pipah dan suami. Bersusah - susah untuk pemberian ini. Semoga di limpahi rahmat dan kasih sayang dari NYA. Terima kasih juga untuk sifu yang menyampaikan hajat saya untuk ke Kuang ini. Semoga ia menjadi sedekah yang besar nilainya di 'sana'.
Kami sampai lebih kurang 11.30 pagi disambut mesra puan Kedai Kek Azbi. Puan kedai masih 'maintain'....


Hampir 15 tahun tak jumpa. Alhamdulillah, satu lagi ikatan ukhwah terpelihara.



Gambar di atas kami bergambar di kedai suami Pipah.... Dua - dua 'tokeh'.



Gambar di atas adalah bengkel kecil Pekan Homemade Cakes. Terima kasih pada sifu dan anak - anak yang sanggup mengorbankan bilik ini untuk ibu.


Inilah pemberian yang saya maksudkan.... he..he.. Mixer ni memang nostalgia..... Inilah mixer yang digunakan masa kat Pantai Dalam. Tq again Pipah....

Saturday, March 24, 2012

PANCING - PANCING.

Semenjak duduk kat Tg. Agas ni, aktiviti memancing sifu 'hidup' semula. Tapi kali ni dia dah ada pengikut.... he..he.... Tinggal ibu seorang di rumah......hu...hu....






















Thursday, February 16, 2012

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.



Tv terpasang. Sifu mengadap komputer tetapi sesekali berpaling ke arah tv. Ammar dan Ihsan rancak bermain. Permainan yang mereka saja yang faham. Along tersandar di pintu di hadapan saya, yang sedang menggosok baju sekolah anak-anak untuk hari esoknya. Angah tersandar di sofa. Fokus nampaknya mengadap tv. Fokus mengadap tv memang menjadi kebiasaan Angah kecuali kali ini rancangan yang di tontonnya bukan kartun atau rencana National Geographic tapi rancangan 30 minit bersama Ustaz Don bertajuk 'Cinta Rasul'.

10 minit terakhir rancangan itu ruang tamu jadi senyap, kecuali terdengar Ihsan yang masih mengomel sendirian. Mata kami sekeluarga tertumpu ke screen tv. Ustaz Don nampak berkerut-kerut menahan esakannya. Pelik.... tapi benar. Seorang yang berserban dan berjubah, nampak gagah  tapi menangis teresak-esak bila menceritakan tentang detik-detik kewafatan Rasulullah.

"Apa yang sedih sangat, ibu?" tanya Angah berani dan jujur. Apa yang dapat saya jawab lagi padanya melainkan , orang yang sedang menangis teresak-esak itu adalah orang yang hatinya penuh dengan cinta pada Rasulnya. Kemudian dia diminta untuk menceritakan saat-saat orang dicintainya meninggalkan kita semua, tentu susahkan....Saya juga turut sebak. Ustaz itu kenal siapa Rasulullah sebab itu cintanya mendalam. Bagaimana pula dengan saya....

Saya sendiri bertanya dalam hati, apalah yang dirasai oleh ustaz muda itu di dalam hatinya sehingga begitu sekali reaksinya. Saya sangat ingin merasainya dan mengharap anak-anak saya juga dapat merasainya satu masa nanti. Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Don dan terima kasih TV AlHijrah kerana menyampaikan sirah rasulullah  dengan cara yang begitu berkesan sekali terutamanya pada anak-anak.

Semalam, ada program Maulidurrasul di Masjid Pekan dan penceramah jemputannya adalah Ustaz Don. Alhamdulillah. anak-anak bersorak bila diberitahu kami sekeluarga akan turut serta dalam program tersebut. Sejuk hati ibu. Ammar yang paling tak sabar... petang Sabtu dah siap-siap pakai baju melayu... he..he.... Hero-hero ibu ni masing-masing pasang angan-angan nak bersalam dan bergambar dengan Ustaz Don.



Cantik lampu yang digantung di ruang tengah masjid. Masjid ni baru saja mula digunakan.



Ni gambar Ustaz Don tengah beri ceramah, diambil oleh jurugambar amatur - Along. Pengisiannya lebih kurang sama dengan siri 'Cinta Rasul' di Tv Al Hijrah.






Ruang masjid penuh hingga ke luar.



Along cuma dapat ambil gambar orang bersesak-sesak nak bersalam dengan ustaz Don... he..he.. Tak apalah...anak-anak ibu, insyaallah ada rezeki lain kali. Ustaz Don yang pakai jubah hitam, nampak belakang jer....


Lepas ceramah orang ramai berpusu-pusu pula ke meja jamuan. Menu memang hebat nampaknya.... Tapi kami mengambil jalan pintas makan di kedai jer. Kena balik cepat, hari ni anak- anak sekolah. Gambar kat bawah ni Ihsan 'posing' kat kedai makan.


Wednesday, February 8, 2012

MAULIDURRASUL MERIAH DI TG. AGAS.


Program bermula 8.00 pagi. Berkumpul di persimpangan Taman Rosa menunggu kumpulan dari Masjid Tg. Agas. Saya yang tak dapat ikut serta pun terasa kemeriahannya.... Suara riuh anak-anak dan keluarga keluar  ramai- ramai berpakaian cantik.... Macam pagi raya.....Tak pernah saya rasa pengalaman begini.


Wah... dah sampai pun kumpulan dari masjid.... bergabunglah dua kumpulan. Makin meriah....Perarakan bermula... selawat pun bergema....

Perarakan menuju ke masjid baru. Disitu akan menunggu kumpulan dari kampung - kampung dari belah yang bertentangan.


 Muslimah pun tak ketinggalan.... Entah- entah, saya je yang tak ikut.... Terkilan sungguh!


Tu dia.... yang menunggu lagi ramai, siap dengan sepanduk.... Masjid baru yang belum siap sepenuhnya di sebelah kiri. Program ceramah dan makan- makan akan berlangsung di situ.




Sifu bercerita sambil depa duk berselawat, dua ekor makhluk ALLAH ini turut serta dalam rombongan mereka. He..he... comelnya....Tahun depan insyaallah, saya akan pastikan saya turut ada di majlis ini.

Monday, January 30, 2012

TANJUNG AGASKU INDAH.


 Tempat baru cabaran baru, lebih kurang 2 km dari pantai Tg. Agas, tempat kami sekeluarga bersantai hujung minggu....

Rumah sewa baru kami, separa siap dan belum berpagar. Rumah yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga....



Taman mainan di hadapan rumah juga tempat lembu dan kambing bersantai.... Penuh dengan rumput kemuncup. Tg. Agas adalah kawasan perkampungan nelayan 7 km dari bandar Pekan, Pahang.


Tempat lepak paling digemari kami sekeluarga sekarang adalah di beranda. Angin meniup segar....


Aktiviti petang diluar rumah. Anak-anak cukup 'enjoy' kat sini. Ammar baru ada peluang belajar naik basikal. Dah pandai dalam masa 3 hari.


Bila air pasang atau hujan lebat kawasan taman permainan depan rumah menjadi lokasi berendam  budak-budak. Tergugat juga iman hero-heroku di rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...