Tv terpasang. Sifu mengadap komputer tetapi sesekali berpaling ke arah tv. Ammar dan Ihsan rancak bermain. Permainan yang mereka saja yang faham. Along tersandar di pintu di hadapan saya, yang sedang menggosok baju sekolah anak-anak untuk hari esoknya. Angah tersandar di sofa. Fokus nampaknya mengadap tv. Fokus mengadap tv memang menjadi kebiasaan Angah kecuali kali ini rancangan yang di tontonnya bukan kartun atau rencana National Geographic tapi rancangan 30 minit bersama Ustaz Don bertajuk 'Cinta Rasul'.
10 minit terakhir rancangan itu ruang tamu jadi senyap, kecuali terdengar Ihsan yang masih mengomel sendirian. Mata kami sekeluarga tertumpu ke screen tv. Ustaz Don nampak berkerut-kerut menahan esakannya. Pelik.... tapi benar. Seorang yang berserban dan berjubah, nampak gagah tapi menangis teresak-esak bila menceritakan tentang detik-detik kewafatan Rasulullah.
"Apa yang sedih sangat, ibu?" tanya Angah berani dan jujur. Apa yang dapat saya jawab lagi padanya melainkan , orang yang sedang menangis teresak-esak itu adalah orang yang hatinya penuh dengan cinta pada Rasulnya. Kemudian dia diminta untuk menceritakan saat-saat orang dicintainya meninggalkan kita semua, tentu susahkan....Saya juga turut sebak. Ustaz itu kenal siapa Rasulullah sebab itu cintanya mendalam. Bagaimana pula dengan saya....
Saya sendiri bertanya dalam hati, apalah yang dirasai oleh ustaz muda itu di dalam hatinya sehingga begitu sekali reaksinya. Saya sangat ingin merasainya dan mengharap anak-anak saya juga dapat merasainya satu masa nanti. Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Don dan terima kasih TV AlHijrah kerana menyampaikan sirah rasulullah dengan cara yang begitu berkesan sekali terutamanya pada anak-anak.
Semalam, ada program Maulidurrasul di Masjid Pekan dan penceramah jemputannya adalah Ustaz Don. Alhamdulillah. anak-anak bersorak bila diberitahu kami sekeluarga akan turut serta dalam program tersebut. Sejuk hati ibu. Ammar yang paling tak sabar... petang Sabtu dah siap-siap pakai baju melayu... he..he.... Hero-hero ibu ni masing-masing pasang angan-angan nak bersalam dan bergambar dengan Ustaz Don.
Cantik lampu yang digantung di ruang tengah masjid. Masjid ni baru saja mula digunakan.
Ni gambar Ustaz Don tengah beri ceramah, diambil oleh jurugambar amatur - Along. Pengisiannya lebih kurang sama dengan siri 'Cinta Rasul' di Tv Al Hijrah.
Ruang masjid penuh hingga ke luar.
Along cuma dapat ambil gambar orang bersesak-sesak nak bersalam dengan ustaz Don... he..he.. Tak apalah...anak-anak ibu, insyaallah ada rezeki lain kali. Ustaz Don yang pakai jubah hitam, nampak belakang jer....
Lepas ceramah orang ramai berpusu-pusu pula ke meja jamuan. Menu memang hebat nampaknya.... Tapi kami mengambil jalan pintas makan di kedai jer. Kena balik cepat, hari ni anak- anak sekolah. Gambar kat bawah ni Ihsan 'posing' kat kedai makan.
No comments:
Post a Comment