Rumah sewa baru kami, separa siap dan belum berpagar. Rumah yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga....
Taman mainan di hadapan rumah juga tempat lembu dan kambing bersantai.... Penuh dengan rumput kemuncup. Tg. Agas adalah kawasan perkampungan nelayan 7 km dari bandar Pekan, Pahang.
Tempat lepak paling digemari kami sekeluarga sekarang adalah di beranda. Angin meniup segar....
Aktiviti petang diluar rumah. Anak-anak cukup 'enjoy' kat sini. Ammar baru ada peluang belajar naik basikal. Dah pandai dalam masa 3 hari.
Bila air pasang atau hujan lebat kawasan taman permainan depan rumah menjadi lokasi berendam budak-budak. Tergugat juga iman hero-heroku di rumah.
seronoknya anak anak dapat bermain air ye dah dekat dengan pantai
ReplyDeletemacam tu la...tiap2 minggu ajak pergi pantai.... Ayahnya rajin layan...
ReplyDeletemandi air bertakung..kan ada lembu lepak kat situ..dikhuatiri ada "baja" lembu tersebut..hihi-ayong
ReplyDeletememang air tu bertakung.... tak tau lah..budak2 kat sini macam dah 'direstui'berkubang kat situ kadang sampai lewat malam. Anak2 akak pun merungut jugak antara dialog angah..." macamana diorang boleh mandi kat situ dengan kebenaran ibu bapa...? Budak2 kg ni memang lasak kot....
ReplyDelete