Thursday, December 23, 2010

BILA TV ROSAK!


"Ibu, kenapa dengan TV kita? "
"Tiba- tiba je terpadam dan terus gelap." Saya dan sifu berpandangan lalu tersenyum.
"Dah rosaklah tu, hari-hari kena dera!" Saya menjawab kemusykilan along... selamba.
"Ala......habisla.... Along dan Angah mengeluh panjang.

Sebenarnya saya pun mengeluh juga, dalam hati. Bila rosak, kena baiki atau silap-silap kena ganti. Minta duit la maknanya tu....
Saya segera ke ruang tamu menjenguk khabar TV, menusuk bau hangit.
"Rasanya, dah arwah TV kita ni." Saya bercakap sendiri.
Sejak hari itu, jadual aktiviti harian anak-anak dirumah berubah mendadak. Tak ada lagi PS 2 dari pagi ke senja. Malam pun sunyi dari Buletin 3, rutin sifu.
Saya? Ada ke tak ada ke TV di rumah, lebih kurang sama je. Jarang sempat tengok TV.

ALLAH maha mengetahui, banyak hikmahnya bila TV rosak.


1. Tolong cuci kereta ayah menjadi satu tugasan yang menyeronokkan!

Alhamdulillah. Kalau dulu, macam-macam alasan yang diberi.









2. Sanggup bangun awal sebab nak lalui pengalaman beri burung makan di waktu pagi. Bagus tu...! Sebelum ni tak 'heran' pun kat burung-burung tu.










3. Ihsan dah tak sunyi dan bosan lagi sebab along dan angah sentiasa ada untuk bermain bersama. Alhamdulillah....











4. Buku komik dan bukan komik dah mula menjadi teman. Sejuk mata ibu....









5. Dan yang paling 'best', dah ada teman berbual di dapur. Taklah sunyi lagi. Along dan Angah dah rajin tolong ibu masak. Alhamdulillah.... Makbul doa ibu!








Harap -harap adalah aktiviti-aktiviti yang akan kekal walaupun TV dah dibaiki. Tapi rasa-rasa
macam nak biarkan aje TV tu rosak. He..he...he....

Sunday, December 19, 2010

RESEPI KHURMAK AYAM


Wah, wah, wah.... Masuk yang ni dah tiga kali berturut-turut buat entri resepi. Adakah ini petanda yang blog ni akan jadi jadi blog masak? Kalau betul, ini sudah kira bagus....

Tapi sebenarnya cuma kebetulan. Manalah ada bakat memasak.... Sikit - sikit tu boleh la....

Ok, kali ni nak tayang resepi Khurmak pulak. Khurmak ayam biasa aje.... Resepi ini pada asalnya resepi ibu mertuaku tapi biasalah... ia telah menjalani proses pengubahsuaian mengikut selera para hakim. Pada yang baru nak belajar tu cubalah resepiku ini.


Bahan - bahan;


4 ketul ayam

1 pek serbuk kurma ADABI

1 inci halia

2 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

2 biji bawang besar - belah 4

2 biji kentang - belah 4

2 biji tomato -belah 2

2 biji cili api - ketuk ( kalau nak rasa 'original', tak perlu masukkan cili api)

2 biji cili masak - belah 2

1 atau 2 biji limau nipis - ambil airnya

1/2 kotak santan ( kotak kecil)

Beberapa helai daun pandan - penting untuk menambah 'ummph'



CARA;


1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.

2. Tumis bahan - bahan di atas bersama cili api hingga wangi

3. Masukkan pes kurma yang telah dibancuh dengan air, masak hingga pecah minyak.

4. Tambah sedikit air.

5. Masukkan kentang yang telah dibelah 4. Pastikan air tadi menutupi kentang. Masak dengan api sederhana hingga kentang menjadi hampir empuk.

6. Masukkan ayam dan bawang besar. Kacau rata hingga ayam masak.

7. Masukkan santan dan daun pandan. "Adjust' kepekatan kuah dengan menambah air.

8. Masukkan air limau nipis dan garam secukup rasa.

9. Masukkan cili masak dan tomato gaul sekejap. Dah siap!


Lebih sedap dihidangkan panas-panas bersama nasi putih atau nasi minyak.

Wednesday, December 15, 2010

RESEPI MINI DONUT

Hari ni nak tayang resepi mini donut pulak. Resepi ni dah diubah suai beberapa kali hinggalah ia sesuai dengan selera panel hakim.


BAHAN- BAHAN;


280 gm tepung gandum
3 sudu makan susu tepung fernleaf
1 cawan air suam
1 susu makan gula
2 sudu teh mauripan (pastikan yang baru)
1 1/2 sudu makan butter


CARANYA;

1. Tepung gandum dan susu tepung disatukan.
2. Gula dan mauripan dibancuh dengan air suam. Biarkan sekejap hingga ia berbuih.
3. Tepung dan susu tadi dimasukkan ke dalam mangkuk doh. Masukkan bancuhan mauripan kedalam mangkuk. Gaul sebati dan uli.
4. Masukkan butter. Uli lagi hingga lembut dan licin. Biarkan lebih kurang 4o minit di tempat yang hangat.
(saya letakkan atas 'rice cooker' yang telah digunakan untuk memanaskan nasi. Tutup rapat.)
5.Keluarkan. Canai dan bentukkan dengan acuan. Saya gunakan saiz paling kecil supaya senang dipegang oleh anak-anak.
6. Biar sekejap hingga doh naik semula, barulah digoreng dengan api sederhana panas.
7. Untuk hiasan terpulang masing-masing. Boleh letak coklat atau gula. Kalau untuk Abang cik Ammar, dia siap-siap pesan supaya saya tak lupa tinggalkan yang kosong saja untuknya. Yang ada coklat tak sedap katanya. Ihsan pulak lagi senang, dua-dua dia 'ngap'.



Amboi Ihsan! Takkan nak makan sorang... kot?

Friday, December 10, 2010

RESEPI PAPRIK AYAM

Resepi ni saya reka sendiri, he..he.... Bukan hebatpun... sebab suka sangat makan lauk paprik jadi rasa- rasa macam boleh agak apa dia bubuh dalam paprik tu. Sifu dan anak-anak pun suka. Merekalah panel hakim saya. Jadi kalau nak rasa paprik versi ummuafiq cubalah resepi ni. 'Simple' dan mudah disediakan.

4 - 5 ketul ayam dipotong dadu
4 ulas bawang putih di ketuk atau tumbuk
3 ulas cili api diketuk atau tumbuk ( ini untuk anak2, kalau nak pedas gunalah 4 - 5 biji cili api
atau lebih)
3 sudu hidang (serving spoon) sos tiram adabi
1 sudu hidang sos cili life
sedikit kicap manis kipas udang
sedikit air limau nipis
sayur - sayur yang berwarna- warni. Bunga kobis, lobak merah, putik jagung , kacang panjang, boleh tambah ikut suka. Potonglah ikut suka asal cantik dipandang.
2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum atau tepung jagung

CARA:

1. Tumis bawang putih dan cili api yang diketuk.
2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
3. Masukkan sayur-sayur yang keras seperti putik jagung dan lobak merah. Masak sekejap dan gaul rata.
4. Masukkan secawan air, gaul rata kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.
5. Biarkan sekejap,masukkan sayur- sayur yang lembut, biar agak masak dan digaul rata.
6. Masukkan air limau nipis dan akhir sekali masuk tepung gandum yang dibancuh dengan secawan air untuk memekatkannya.
Saya lebih suka guna tepung gandum sebab dia tak bergentel.
7. Masukkan garam secukup rasa. Ok, dah siap! Kena makan panas- panas!

Lepas ni rasa macam nak cipta resepi telur bungkus pulak... emmm boleh ke... ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...