Thursday, July 9, 2009

Bubur kacang, kuah durian.


Durian, durian, durian. Mana-mana pergi pun nampak durian. Tapi menurut Mak Wan, kat Teluk Intan tak ada pulak orang jual durian. Emmm.... belum musim la tu, agaknya. Durian ni memanglah sedap walau pun orang barat mengkelaskannya sebagai makanan eksotik...he...he... ( sebab baunya kot..! ).

Cakap pasal durian ni, ada 'part' nikmat dan ada 'part' mujahadahnya. Mana tidaknya, nikmat masa makan.....sedapnya. Mujahadah pulak sebab tak boleh makan lebih-lebih. Nanti boleh mendatangkan mudarat terutamanya pada orang-orang macam saya. Boleh kembung, mabuk dan paling teruk boleh demam...

Memandangkan saya dan sifu dah menangguhkan hampir dua tahun untuk menikmati durian di rumah, (takut saya terlebih makan) maka minggu lepas hajat kami tercapai.

Sifu mendapat durian dari Pak Ngah (kenalannya), katanya antara yang terbaik dari kebun durian Pak Ngah.

Apalagi....mula-mula makan mentah-mentah. Lepas tu buat kuah pulak. Kuah durian ni bukan semua tempat yang tahu mengenainya. Semasa saya di Trengganu dulu, kuah durian ni langsung tak jumpa. Agaknya ini makanan orang pantai barat, orang Perak..... negeri saya la tu..!

Tapi anak-anak saya semuanya membesar dan lahir di pantai timur..... Kuah durian tak disentuh langsung. Dapatlah juga saya berikan separuh pada jiran, K.Hawa (suami dia orang Perak). Kuah durian ni saya makan dengan roti saja. Tapi ada juga orang makan dengan roti jala, ikutla selera masing-masing. Nak buat dia ? Senang je...

Bahan-bahannya ;
  1. buah durian - yang telah diasingkan dari bijinya atau boleh juga masukkan bijinya (saya masukkan 2 biji durian )
  2. santan - ikut citarasa nak selemak mana nanti kuahnya (saya gunakan 2 kotak santan, dapat seperiuk besar)
  3. gula - ikut manis yang kita suka
  4. sedikit garam- penting ni untuk 'balance'kan rasa dia.
  5. dua helai daun pandan
  6. 2 cawan air - tambah lagi kalau terlalu pekat

Caranya ; masukkan semua bahan-bahan dalam periuk, lepas tu masakla dengan api perlahan. Bila dah mendidih, dah masak la tu..


Lepas kuah durian dah habis, hajat sifu pulak perlu ditunaikan..... Tiadalah yang lebih istimewa pada sifu kalau bukan bubur kacang durian.

Yang ni rasanya semua orang biasa makan....dan dah tentu tahu membuatnya.... Kali ni saya berikan pula pada jiran saya Nora. Seronok tukar-tukar juadah ni, tak perlu tunggu bulan puasa...

Jemput-jemputla.... tengok gambar he...he... Bismillah ye...!

3 comments:

  1. mmm leleh liur la pulak...koi memg gemo kuah durian tu (ada nama kuah tu tp lupa la pulak...haluwa ke...gitu2 la) memang besa sgt mkn kalau org pahang laa...kami punya ada 2 jenis tau yg masin dan yang manis. Yang masin(kuah cair sket) boleh di makan dengan nasi... haa jgn tak tau...sedapppp....cuba try test... yg manis (pekat) besalar makan ngan roti...cicah cekodok pun bulehh..

    ohh bubur kacang feberet kuu... petua utk tak kembung mkn bubur kacang...bubuh lah seketul halia..

    ReplyDelete
  2. satu lagi...petua org dulu2..kalau mabuk (or lelain yg seangkatannya) bila makan durian, minumlah air pangsa durian. mcmana? bubuhlah air masak ke dalam pangsa durian kacau2 sket pastu minum...insyaallah!

    Juga air tersebut boleh dibuat cuci tgn selepas mkn durian insy. tgn tak berbau durian lagi selps tu. (besa kalau mkn durian kan melekat bau dia kat tgn ssh nk ilang kan..)sy dah penah cuba alhamdulillah menjadi..

    ReplyDelete
  3. durian oh durian, semua rumah cite pasal engkau, betullah kau ni KING.
    kuah durian tu makan ngan pulut pun best tapi takut tergolek seharian pulak kat katil.
    betul kata/petua aasha tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...