Kadang-kadang bila terlalu bekerja keras, terlalu membina harapan, terlalu membina impian, ada masanya kita akan terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Kesempurnaan pada hasil usaha kita, sempurna pada harapan yang dibina menggunakan akal manusia... Kita bagai mengharap syurga ada di depan mata.
Tapi kita sebenarnya telah sungguh terlupa bahawa kesempurnaan itu hanya milikNya...
Setelah berusaha, kita telah lupa tentang tawakal.
Sebab itulah hati rasa resah, fikiran kusut, jiwa tidak tenang.....
Sebagai hamba, kemampuan dan keupayaan kita amat terhad. Kekuatan akal dan fizikal tak seberapa...Sepatutnya kita sedar segala yang bergerak di muka bumi ini adalah dalam percaturanNya.
Gugurnya sehelai daun kering, mengalirnya air di sungai, berkerdip bintang di langit, semua adalah dalam pengetahuanNya...
Bagaimana mungkin Ia tidak nampak akan usaha kita, harapan dan impian kita....
Cuma kita yang selalu lupa dan leka untuk meminta dan terus meminta dariNya....
Bersyukur dan sabar dengan dugaanNya....
Kadang-kadang kegagalan itu mungkin tanda kasih sayangNya...
Agar kita tidak lupa, kita ini hanyalah seorang hamba....
salam perkenalan ummuafiq. tepat tulisan mu..kita semua hamba nya..marilah kita menjadi hamba yg bersyukur..insyaAllah
ReplyDeletetq ummuafiq kerana singgah..dan tq kerana appreciate garden akak yg sekangkang kera tu..jawapan pada soalan ummu: panggil kak zaiton je..kita lebih senior ;bunga yg merah berjurai ialah akar dani atau rangoon creeper..mudah hidup. akak baru tinggal disini dalam 3 tahun..garden ni pun baru 2 tahun..1 tahun tu kosong je..sebab nak cari thema yg akak suka..english tropical lah konon..kena slow n steady sebab susah nak cari pokok yg sesuai..dulu akak pun mcm ummu gak slalu pindah randah..sejak 3-4 tahun ni baru settle..rumah pun masih lenggang lagi..tentang lebah tu..tq sebab mengingatkan..agak selamat sebab di luar pagar dan anak2 pun dah besar, 2 baru habis u dan seorang dlm ting. 2. insyaAllah akan terlaksana immpian ummu..
ReplyDeleteBiarlah sekangkang kera kak asalkan cantik terjaga dari luas tapi terbiar...
ReplyDeleteya.. perlu selalu sabar dan syukurrr.. Sesusah mana pun kita, ramai lagi orang yang lebih susah dan menderita kan.
ReplyDelete