'Ibu, kenapa tuhan bagi kita mata?'
'Ibu, kenapa ada langit,ada tanah?'
'Ibu, kenapa tangan kita ada dua?'
'Ibu, kat mana rumah lalat?'
'Ibu, dalam kepala kita ada apa?'
'Ibu, ulat makan apa?''
Ibu, kenapa kita kena ada matahari?'
Aduh! Ammar...., tolonglah... Ibu tengah nak siapkan makan tengahari ayah ni! Sekejap lagi je ayah dah nak balik. Saya merungut dalam hati untuk tidak mengecilkan hati Ammar,abang cik gelarannya dalam keluarga. Ammar terus mengekori saya ke depan, balik ke dapur, ke mana saja sambil bertanya itu dan ini. Saya pula selain tangan ligat menyiapkan kerja, otak pula ligat mencari jawapan yang boleh diterima oleh akal abang cik sorang ni.
Setiap hari,begitulah aktiviti Ammar,anak ketiga saya yang kini berumur empat tahun. Setiap hari ada saja soalan-soalan baru yang saya dan sifu perlu jawab. Kadang-kadang tu soalannya bertambah banyak bila kami menjawab setiap soalannya.
Tentu semua ibu mempunyai pengalaman ini kan?
Baru-baru ni, Ammar tiba-tiba bertanya, ' ibu, macamana muka Allah?' Saya dan sifu yang masa tu sedang berbual tersenyap sekejap. Berpandangan sesama sendiri, menunggu siapa yang nak menjawab soalannya. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba terpacul dari mulut saya, Ammar.. ibu tak pernah tengok muka Allah. Cuma orang yang masuk syurga saja yang boleh tengok muka Allah. Nanti kalau ibu dah masuk syurga dan dah tengok muka Allah, ibu bagitau Ammar ye.... Ammar mengangguk-angguk gembira,tanda puas hati dengan jawapan saya.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Phew...! Sekurang-kurangnya saya tak perlu berbohong dengan Ammar. Begitulah kalau jadi ibu yang kurang ilmu macam saya ni...
Oh ye, Ammar sekarang sedang mengumpul duit. Katanya, dia nak pergi ke Jepun sebab nak berjumpa dengan Ultraman. Tabungannya sekarang baru berjumlah RM1.70 hasil sumbangan sifu. Tak taulah bila boleh sampai ke Jepun! He...he....
Gambar dibawah menunjukkan Ammar bersama tabung dan buku barunya.
salam,
ReplyDeletetersentuh tengok blog ni, tak tau apasal, cool, syahdu, tenang. keep blogging dear
tima kasih kak, rasa nak nangis pulak...huu
ReplyDeletesaya pernah dengar orang kata,sesuatu yang datang dari hati akan turun ke hati..insyaallah.