Thursday, April 23, 2009

'Kempen Pelekeh Hantu'


Dah lama kempen ini cuba dilaksanakan dalam keluarga saya. Kalau tak silap dari tahun lepas lagi. Yelah, sejak saluran-saluran tv kita gigih mengeluarkan pelbagai drama berkisar tentang ehem..ehem..
Sebenarnya, pencetus pada suasana ini ialah bila filem Harum sundal malam meletup-letup dipawagam diikuti dengan filem-filem berikutnya. Semenjak itulah anak-anak saya pun menjadi cukup tinggi pengetahuannya tentang alam mistik.
Bila balik kampung pun begitu juga, cerita yang menjadi pilihan mereka adalah cerita han.. Bahkan bermain pun ala-ala rancangan 'seekers',ada yang jadi han..nya,ada yang jadi sukarelawan(untuk ditakutkan) dan ada pula tok bomohnya.Di tempat-tempat awam pun saya sering terdengar perbualan anak-anak berkisar tentang han... Cukup kuat kepercayaan mereka tentang han.. ciptaan manusia sendiri.

Pernah satu hari saya terdengar anak-anak saya bertengkar mempertahankan kehebatan han..-han.. idola mereka. Dalam pada itu mereka juga jadi penakut yang bukan-bukan. Saya yang dah lama tak selesa dengan keadaan ini merasakan perlu berbuat sesuatu untuk membetulkan semula keadaan ini. Saya nekad untuk melancarkan KEMPEN PELEKEH HANTU!
Semua orang dalam rumah saya tak dibenarkan menyebut perkataan han.. atau menonton atau mengajuk apa-apa saja perlakuan han... Semua cerita seram dalam apa saja bahasa turut dilarang menontonnya termasuklah saya dan sifu (minta mahap.. sifu). Mulanya memang susah nak buat,banyak pemberontakan berlaku. Bahkan sampai hari ni mereka masih mencuri-curi nak menonton adegan-adegan seram tu.
Tapi saya tetap bertegas dan terus mengingatkan mereka tentang kempen kami. Saya ingatkan mereka yang han.. tu sebenarnya adalah ciptaan Allah,macam kita juga tapi mereka jahat sebab mereka seronok sangat kalau kita takut padanya dan lupa nak takut pada Allah. Kalau mereka rasa han.. tu hebat,penciptanya tentu lebih hebat. Siapa cipta hantu? Saya bertanya pada anak-anak,mereka akan jawab ALLAH! Saya ingatkan mereka selalu tentang kekuasaan dan kebesaran ALLAH dengan berbagai cara. Begitulah saya buat selalu sampailah menjadi kebiasaan pada mereka.

Kesannya? Sekarang, saya tak dengar lagi mereka berbual tentang han.... Abang cik dah boleh bermain sorang-sorang dalam bilik tanpa rasa takut, angah dah boleh ke tandas tanpa berteman dan along pulak dah berani mengaku berani. Alhamdulillah.. tapi saya sedar, kempen ini perlu diteruskan sampai bila-bila bukan untuk anak-anak saja tapi untuk kita-kita juga. Moga usaha saya memperbetulkan aqidah anak-anak mendapat pimpinan dan pertolongan dari ALLAH. Hati saya penuh berharap agar nanti anak-anak saya membesar menjadi pemuda yang berani dan kukuh aqidahnya....amin.



ummuafiq: Kepada kawan-kawan yang ada tips untuk membantu kempen saya ni berilah pandangan dan cadangan terutama pada ummu abbas,k.zu,k.d.


5 comments:

  1. wah, Gee, tulisan makin kemas dan menarik. Mula2 hari tu, koma dan noktah semua bersambung sampai pening den nak baca.

    Gee, nak tanya, ummu abbas tu sapa? kawan G kat sana ke?

    Adik yang suaminya sakit tu sapa? Atun ke? kat mana dia sekarang? dah lama tak dengar khabar

    ReplyDelete
  2. Sifu komplen typing saya teruk so belajole kat dia.Ummu abbas tu ustz rujukan saya,org pas duk kelantan.kenal kat blog je.entah kenapa saya suka blog dia,islam itu indah sungguh ilmiah.sesuailah dgn saya, x de ilmu dan tak sempat nak gi kelas agama.kalau tak silap dia aktif menulis dlm muslimah (adake majalah muslimah) dan kadang2 artikel dia kuar kat harakah.kat hospital selayang,wad khusus utk penyakit hati

    ReplyDelete
  3. crite ceplos baru2 ni sedap juga eks..hehe.. syabas la ngan kempen akak tu.. tp han.. ni kita tak leh nak stop terus tak bagi bdk2 ni tgk/tau. makhluk halus ni termasuk dlm alam ghaib yang kita musti percaya... cari le jalan lagi agar bdk2 leh tengok tp tak rasa takut..kena pantau ler tengok bersama jd setiap insiden dlm crite tu kita kena beri penjelasan...si along tu dah bole kalu akak bg dia bc buku mengenai jin ke hantu ke (eg. bk2 ust harun din)spy lebih paham nanti senang le adik2 ngikut...

    ReplyDelete
  4. saya memang tak tengok serita hantu sbb saya ni penakut. tapi anak2 suka tengok, tp dia org tak takut pun. jadi depa tgk tu sebagai hiburan je. buat gelak2 depa je. sebab mak ayahnya pun dok gelakkan hantu yang entah apa2 tu... Saya rasa itu satu teknik jugak pelekeh hantu. Ceritakan sebenar apa yang berlaku di sebalik tabir pembuatan drama atau filem tu. ok tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...