Tuesday, April 28, 2009

Macamana muka Allah?


'Ibu, kenapa tuhan bagi kita mata?'

'Ibu, kenapa ada langit,ada tanah?'

'Ibu, kenapa tangan kita ada dua?'

'Ibu, kat mana rumah lalat?'

'Ibu, dalam kepala kita ada apa?'

'Ibu, ulat makan apa?''

Ibu, kenapa kita kena ada matahari?'

Aduh! Ammar...., tolonglah... Ibu tengah nak siapkan makan tengahari ayah ni! Sekejap lagi je ayah dah nak balik. Saya merungut dalam hati untuk tidak mengecilkan hati Ammar,abang cik gelarannya dalam keluarga. Ammar terus mengekori saya ke depan, balik ke dapur, ke mana saja sambil bertanya itu dan ini. Saya pula selain tangan ligat menyiapkan kerja, otak pula ligat mencari jawapan yang boleh diterima oleh akal abang cik sorang ni.

Setiap hari,begitulah aktiviti Ammar,anak ketiga saya yang kini berumur empat tahun. Setiap hari ada saja soalan-soalan baru yang saya dan sifu perlu jawab. Kadang-kadang tu soalannya bertambah banyak bila kami menjawab setiap soalannya.
Tentu semua ibu mempunyai pengalaman ini kan?

Baru-baru ni, Ammar tiba-tiba bertanya, ' ibu, macamana muka Allah?' Saya dan sifu yang masa tu sedang berbual tersenyap sekejap. Berpandangan sesama sendiri, menunggu siapa yang nak menjawab soalannya. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba terpacul dari mulut saya, Ammar.. ibu tak pernah tengok muka Allah. Cuma orang yang masuk syurga saja yang boleh tengok muka Allah. Nanti kalau ibu dah masuk syurga dan dah tengok muka Allah, ibu bagitau Ammar ye.... Ammar mengangguk-angguk gembira,tanda puas hati dengan jawapan saya.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Phew...! Sekurang-kurangnya saya tak perlu berbohong dengan Ammar. Begitulah kalau jadi ibu yang kurang ilmu macam saya ni...

Oh ye, Ammar sekarang sedang mengumpul duit. Katanya, dia nak pergi ke Jepun sebab nak berjumpa dengan Ultraman. Tabungannya sekarang baru berjumlah RM1.70 hasil sumbangan sifu. Tak taulah bila boleh sampai ke Jepun! He...he....

Gambar dibawah menunjukkan Ammar bersama tabung dan buku barunya.
ummuafiq: senyum sendiri bila teringat Ammar yang selalu memujuk Ihsan menangis ketika bangun dari tidur dengan lagu Happy Birthday To You! Mungkin inilah yang dikatakan kebahagiaan membesarkan anak-anak.


Sunday, April 26, 2009

Lempeng nostalgia dan kari daging.


Bila anak-anak dah jemu makan nasi,inilah menu yang mereka minta saya siapkan. Saya bagi nama lempeng nostalgia. Sebabnya,masa sifu kecik-kecik dulu ,inilah makanan kegemarannya. Sekarang ni dah pun diwariskan pada anak-anak. Kemana lagi tumpahnya kari kalau tak ke lempeng! He...he.....jangan marah sifu.

Selalunya lempeng ni dimakan dengan kari ikan, tapi hari ni saya buat kari daging. Nak buat kelainan sikit. Rasanya semua orang pandai buat lempengkan.. tapi kalau tak tahu bolehlah buat 'request'. Nanti saya berikan caranya,malulah nak tulis kat sini.

Kalau saya , lempeng ni lebih sedap rasanya kalu di 'ngap' dengan sambal ikan bilis. Emmmm.. sedap! Tapi hari ini saya cuba resepi baru sambal daging cincang berhias mix vege. Sila lah menjamu mata..

Thursday, April 23, 2009

'Kempen Pelekeh Hantu'


Dah lama kempen ini cuba dilaksanakan dalam keluarga saya. Kalau tak silap dari tahun lepas lagi. Yelah, sejak saluran-saluran tv kita gigih mengeluarkan pelbagai drama berkisar tentang ehem..ehem..
Sebenarnya, pencetus pada suasana ini ialah bila filem Harum sundal malam meletup-letup dipawagam diikuti dengan filem-filem berikutnya. Semenjak itulah anak-anak saya pun menjadi cukup tinggi pengetahuannya tentang alam mistik.
Bila balik kampung pun begitu juga, cerita yang menjadi pilihan mereka adalah cerita han.. Bahkan bermain pun ala-ala rancangan 'seekers',ada yang jadi han..nya,ada yang jadi sukarelawan(untuk ditakutkan) dan ada pula tok bomohnya.Di tempat-tempat awam pun saya sering terdengar perbualan anak-anak berkisar tentang han... Cukup kuat kepercayaan mereka tentang han.. ciptaan manusia sendiri.

Pernah satu hari saya terdengar anak-anak saya bertengkar mempertahankan kehebatan han..-han.. idola mereka. Dalam pada itu mereka juga jadi penakut yang bukan-bukan. Saya yang dah lama tak selesa dengan keadaan ini merasakan perlu berbuat sesuatu untuk membetulkan semula keadaan ini. Saya nekad untuk melancarkan KEMPEN PELEKEH HANTU!
Semua orang dalam rumah saya tak dibenarkan menyebut perkataan han.. atau menonton atau mengajuk apa-apa saja perlakuan han... Semua cerita seram dalam apa saja bahasa turut dilarang menontonnya termasuklah saya dan sifu (minta mahap.. sifu). Mulanya memang susah nak buat,banyak pemberontakan berlaku. Bahkan sampai hari ni mereka masih mencuri-curi nak menonton adegan-adegan seram tu.
Tapi saya tetap bertegas dan terus mengingatkan mereka tentang kempen kami. Saya ingatkan mereka yang han.. tu sebenarnya adalah ciptaan Allah,macam kita juga tapi mereka jahat sebab mereka seronok sangat kalau kita takut padanya dan lupa nak takut pada Allah. Kalau mereka rasa han.. tu hebat,penciptanya tentu lebih hebat. Siapa cipta hantu? Saya bertanya pada anak-anak,mereka akan jawab ALLAH! Saya ingatkan mereka selalu tentang kekuasaan dan kebesaran ALLAH dengan berbagai cara. Begitulah saya buat selalu sampailah menjadi kebiasaan pada mereka.

Kesannya? Sekarang, saya tak dengar lagi mereka berbual tentang han.... Abang cik dah boleh bermain sorang-sorang dalam bilik tanpa rasa takut, angah dah boleh ke tandas tanpa berteman dan along pulak dah berani mengaku berani. Alhamdulillah.. tapi saya sedar, kempen ini perlu diteruskan sampai bila-bila bukan untuk anak-anak saja tapi untuk kita-kita juga. Moga usaha saya memperbetulkan aqidah anak-anak mendapat pimpinan dan pertolongan dari ALLAH. Hati saya penuh berharap agar nanti anak-anak saya membesar menjadi pemuda yang berani dan kukuh aqidahnya....amin.



ummuafiq: Kepada kawan-kawan yang ada tips untuk membantu kempen saya ni berilah pandangan dan cadangan terutama pada ummu abbas,k.zu,k.d.


Wednesday, April 22, 2009

Allah sedang mendengar doamu.


Semalam saya bertanya khabar adik saya yang sedang menghadapi musibah. Suaminya sedang dalam rawatan pakar kerana mengidap jangkitan dalam darah. Keadaannya masih belum dapat ditentukan samada bertambah pulih atau belum. Semoga dia sentiasa tabah dalam mengharungi ujian Allah ini..Sejambak bunga untuk menghibur hati.

Tuesday, April 21, 2009

Sorrylah...


Ha..... baru dapat guna komputer balik. Dah berapa hari saya berpuasa dari berblog atau pun kalau ikut istilah ummu abbas beruzlah. Entah macamana komputer ni boleh jadi pening. Nak buat kerja, semuanya jadi tak betul. Habis tu terpaksalah di bawa mengadap sifu. Sesekali saya terfikir ' akukah yang bersalah? '.

Friday, April 17, 2009

Secantik bintang di langit..


Suka menghias rumah?
Boleh kata semua orang perempuan suka menghias rumah.Kalau boleh semua sudut dalam rumah tu mesti kemas,bersih,wangi dan dihias dengan bunga.Barulah boleh jadi rumahku syurgaku.

Tapi kalau orang lelaki tu lain sikit,asalkan ada rumah dah ok pada diorang...kemas tak kemas cerita lain.Ada juga orang lelaki yang lebih cerewet menghias rumah dari orang perempuan.Emm..macam-macamkan.Dalam keluarga saya,saya ni kaum minoriti.Yang lain tu semua jenis yang tak kisah dengan bab-bab menghias ni.Kalau dalam senarai perbelanjaan rumah,perkara dekorasi rumah ni adalah yang paling bawah sekali.Memanglah,ia hanya perkara yang menjadi kehendak bukan keperluan.Lain pula kalau ikut senarai peribadi saya,dekorasi ni diantara yang teratas.Macamanapun semuanya bergantung pada bajet.

Dalam sibuk-sibuk berangan nak menghias rumah,kita tak sedarkan selain dari kita sendiri yang puas melihatnya,kita tetap mau berkongsi dengan orang lain suasana rumah yang dah terhias indah.Kalau tak,nanti syok sendiri pulak.Ada satu tips yang saya nak kongsikan disini.Bukannya tips biasa-biasa.Saya dapat tau tentang tips ni dari sebuah buku bertajuk Isteri idaman yang menyejukkan hati suami.Kata penulisnya,selain dari menghias rumah seperti yang biasa kita buat,ada satu lagi hiasan yang patut kita tambah dirumah kita.Iaitu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.Sebabnya bila kita mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran,rumah kita akan bercahaya seperti bersinarnya bintang yang kita lihat dilangit.Jadi hiasan rumah kita bukan saja boleh dikongsi dengan makhluk dibumi bahkan dengan 'mereka-mereka yang berada di atas sana'.Perkara ni dah lama dalam pengetahuan saya tapi tak pernah saya 'relate'kan dengan menghias rumah.

Apalagi wahai para isteri,mulai hari ini janganlah kita ketinggalan membaca Al Quran agar rumah kita nanti secantik bintang di langit..

Thursday, April 16, 2009

Katak-katak lucu.


Semalam saya dan angah cuba menyiapkan satu projek seni yang tajuknya 'katak-katak lucu'.Bukannya apa, saja nak mempelbagaikan aktiviti budak-budak ni.Tak lah asyik mengadap PS je... tak pun katun,katun,katun.Projek ini pilihan angah diambil dari buku yang dibelinya.Mula-mula buat memang semangat,saya pun tak terkejar dengan kehendaknya.Tapi bila dah hujung-hujung tu,emmm...along jugalah yang siapkan.Bahan-bahannya tak mahal pun cuma kadbod,kertas warna dan warna air.Kalau Jannah ke, nak buatkan untuk bilik anak tersayang tu pun bulih...Sesiapa yang ada nurseri tu boleh juga buat hiasan kat bilik anak-anak(terkenang zaman silam)...Gambar kat atas tu ialah projek yang dah siap bersama angah yang gembira bangat!

Tuesday, April 14, 2009

'Kotak radioaktif.'


Sedang saya melayari internet di pagi yang mendung ni,terlintas difikiran satu perkara yang menyesakkan dada.Sifu sedang berborak dengan kawannya(tentu pasal memancing) menggunakan telefon bimbit.Along,angah dan abang cik sedang bergumbira dengan PS depan tv.Cuma sibongsu sedang tidur dalam bilik.Pernah tak kita terfikir berapa banyak alatan di sekeliling kita yang sedang dan sentiasa mengeluarkan gelombang radioaktif?Komputer,telefon bimbit,mikrowave...,saya tak pasti samada tv dan radio pun termasuk dalam senarai.Dalam sebuah rumah tentu ada lebih dari satu telefon bimbit mungkin juga lebih dari satu komputer.Agaknya pernah tak kita renungkan berapa banyak yang dah terserap kedalam tisu-tisu badan kita?Eee..ngerinya!Apa kesannya pada badan kita?Apa lagi kalau bukan kanser!!!Bahkan kesannya lebih teruk pada bayi atau anak-anak kecil kita.Saya pernah ditegur oleh seorang doktor semasa melahirkan Ihsan(anak yang bongsu),supaya menjauhkan telefon bimbit dari bayi saya .Katanya,'cukuplah orang dewasa saja yang dapat barah otak'.Kecut perut saya mendengarnya.Sebelum ni saya dan sifu menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng kami,jadi tentunya kami letakkan dekat dengan kepala semasa tidur.Tapi sekarang kami letakkannya jauh sedikit.Pernah saya terbaca, jika suatu alatan itu di'offkan',gelombang radoaktif itu masih ada di tempat itu untuk tempoh tertentu.Dizaman yang serba canggih ni tak ada ke saintis yang dapat mencapai kemajuan teknologi tanpa memudaratkan manusia?Emmmm...apalagi yang kita boleh buat..sememangnya alatan yang beradioaktif tu sangat membantu dalam kehidupan .Cuma Allah sajalah tempat kita meminta perlindungan dan kepada Dialah saja kita mengharap agar kita dan orang yang kita sayangi terselamat darinya.

Simple Pizza dan Pau.




Dua gambar ni dah dua minggu saya simpan untuk blog ini.Simple Pizza tu diambil dari dapur dzana dan pau tu pula dari dapur k.ummi.Terima kasih lah untuk kawan-kawan yang bermurah hati sudi berkongsi resepi.Sekali cuba dah menjadi,sedap pula tu.Saya dah banyak kali tertipu dengan resepi-resepi canggih dari majalah,belum tentu jadi.Simple Pizza tu saya buat sempena hari lahir Hakim.Anak kedua saya yang saya panggil angah saja.Hari lahirnya pada 4 april yang lepas.Apalagi bergumbiralah budak-budak tu menikmati piza buatan tangan ibu mereka sendiri.Pau pula saya buat untuk sarapan pagi sabtu lalu.Nampaknya ia lebih memenuhi selera sifu..Pada sesiapa yang teringin nak mencuba dapatkan resepinya dari dzanariah.blogspot.com dan resepi pau dari ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com.Selamat mencuba.Rajin-rajinlah memasak untuk keluarga,ia penambat kasih sayang antara suami isteri juga antara anak dan ibu..

Sunday, April 12, 2009

Terima kasih 'sifu'.


Untuk catatan pertama ini rasanya wajar sekali untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih.Pada siapa lagi, kalau bukan suami tersayang yang dah banyak menghabiskan masanya, membantu menyiapkan blog ini dari awal hinggalah terteranya catatan pertama ini. .Idea untuk berblog ini pun datang dari dia, bila sering melihat saya rajin meronda-ronda blog kawan-kawan.

Banyak perkara-perkara yang saya tak pernah ambil 'pot' sebelum ini saya pelajari dalam masa yang singkat.Tak sangka suri rumah macam saya ni pun mampu melakukannya.Sebenarnya tak susah sangat cuma kena ada minat.

Makin lama mengadap komputer ni ,rasanya makin banyak yang nak diterokai.Baru saya faham kenapa sifu boleh duduk berjam-jam mengadap komputer sampai saya pun naik merajuk sebab tak ada kawan nak berbual.

Sekarang nampaknya sifu kenalah beralah sikit untuk isterinya yang setia ni ,he..he...Oklah rasanya dah kena berhenti,seruan jihad dah memanggil.Si bongsu saya tu dah bangun.

Pada semua yang sempat berkunjung ke sini, terima kasih diucapkan awal-awal lagi.

Mari berukhwah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...