Wednesday, March 24, 2010

Jumpa kawan lama!

Memang seronok kalau dapat jumpa kawan lama, terutama kalau sama-sama mengharungi pengalaman suka dan duka. Baru-baru ni, salah seorang dari geng taska saya sempat singgah di rumah dalam perjalanan balik ke Selayang dari kampungnya di Temerloh, Pahang.

Puan Intan Baiduri bt. Ahmad Baghdad bukan sahaja salah seorang dari geng taska saya dulu bahkan dia adalah pengurus bagi taska yang kami uruskan. Emm... dah lupa nama taskanya, dah hampir 18 tahun dulu.
Ingatan pun dah tak kuat.

Kalau nak kata pengalaman suka duka, banyak juga yang kami boleh bualkan. Maklumlah... dah bertahun tak berjumpa. Bila sesekali berjumpa masing-masing dah beranak pinak. Dalam gambar di atas Kak D bertudung ungu, tengah-tengah dibelakang anak bongsu Kak D dan saya sedang mendukung Ihsan.

Gambar di bawah ni ialah sebahagian anak-anak taska kami semasa kami beroperasi di Sek. I6, Petaling Jaya.

Kak D (panggilan untuk Puan Intan Baiduri) pula, dah ada dua orang anak dara yang masih bersekolah. He...he.... kalau difikirkan memang masa cepat sangat berlalu. Sekarang Kak D dah jadi pengedar HPA yang aktif. Saya...?
Macam nilah..., masih cuba mencari masa untuk aktif menjahit semula.

Kak D dan saya berbual hampir 2 jam, itupun tak banyak yang sempat dibualkan. Hampir waktu A'sar Kak D dan keluarganya bertolak balik ke Selayang. Tapi yang seronoknya, kami sempat bergambar untuk kenangan.

Ada seorang lagi teman lama yang direzekikan oleh ALLAH untuk saya dapat berjumpa. Yang seorang ni memang susah sangat nak dihubungi. Maklumlah... 'busy lady'. Dengar cerita dia dah jadi orang penting di syarikat dia bekerja!

Puan Hasmah Marzuki ni saya terjumpa ketika kami secara kebetulan membawa anak-anak masing-masing 'window shopping' di kedai menjual binatang peliharaan di Giant, Kota Damansara.

Apa lagi... bisinglah kedai tu sekejap, terlupa anak-anak sedang memerhati... he..he.... Selepas selesai bertaaruf dengan anak masing-masing, bertanya khabar, kami ambil gambar bertiga, anak masing-masing tak nak 'join'.
Masa tu saya bersama dengan adik kembar saya Atun yang juga teman lama Hasmah. Yang paling kiri tu sayalah, diikuti Hasmah dan Atun. Kata Hasmah dia akan menunaikan umrah bulan ni. Saya doakan moga Hasmah dapat menjalankan ibadah umrah dengan sempurna.

Untuk teman -teman lama yang membaca entri ini, saya ada satu soalan.

"Bila lagi nak buat perjumpaan UM-UIA yang kedua?"

1 comment:

  1. Salam kak G. Lama betul tak belayar ke sini... Saya nak respon kepada soalan kak G tu dengan soalan juga ;)
    "Soalan itu untuk siapa yang nak buat ke siapa yang nak hadir?"
    Saya nak bagi no tepon je... 0162061990

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...