Monday, October 19, 2009

KALI INI KAMI DIUJI!

Bandar Bentong, Pahang.


10 Oktober, jam 11.3o pagi kami baru sampai di Felda Mempaga. Pertama kali dalam hidup masuk felda....anak-anak pun begitu teruja....nak mencari dan memilih rumah baru. Malangnya, satu rumah untuk disewa pun kami tak jumpa.

Cuaca makin panas, jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahari. Semua yang ada dalam kereta dah gelisah. Panas, lapar, dahaga....

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk mencari hotel dulu. Berehat, solat dan selepas itu mencari lagi di sekitar Bentong pula.

Dah hampir pukul 6.00 petang. Sifu nampaknya dah terlalu letih memandu dan keluar masuk kereta bertanya tentang rumah dan mencari sekolah untuk anak-anak. Ini pertama kali kami menghadapi masalah sebegini. Selalunya sebelum petang kami dah ada beberapa nombor talifon untuk dihubungi. Program cari rumah dah jadi biasa pada keluarga saya. Maklumlah, masuk yang ini, dah lima kali kami pindah randah.

Kami balik ke hotel petang itu dengan perasaan sedikit hampa. Satu hari dah berlalu....

11 Oktober. Kami mula awal pagi... mengharap agar segala urusan dapat diselesaikan sebelum check out dari hotel pukul 12.00 tengahari.

Masih mengharap agar dapat rumah di kawasan Felda Mempaga.... Dekat sekolah, tadika dan dekat dengan tapak projek Sifu. Kami ke sana semula... berpusing-pusing disekitar kawasan perumahan mencari perkataan rumah untuk disewa.... Hampa.

Kami perlu balik ke Pekan hari ini, esok anak-anak sekolah.

17 Oktober. Kami turun lagi ke Bentong mencari .... Habis semua orang kami tanya. Rumah kedai pun kami tanya. Tak ada yang kosong! Felda Mempaga sedang membangun. Penduduknya makin ramai, rumah makin sedikit jadinya....

Sifu dan saya buntu...

18 Oktober. Kami mencari lagi... untuk ikhtiar yang terakhir kami menuju ke Karak. Kalau dikira jaraknya, Karak lebih dekat dengan Felda Mempaga dari Bentong. Berpusing-pusing dan bertanya....

Akhirnya, setelah dua kali turun ke Bentong, nombor pertama yang kami dapat untuk dihubungi rupa-rupanya ada di Karak. Dapat rumah... tapi masih mencari jiran seagama di sekitar kawasan perumahan itu. Rumah dah ada... tapi tak ada tadika Islam untuk Ammar tahun hadapan.
Rumah yang bakal kami huni di Karak.

Ya ALLAH...janganlah jadikan aku hamba yang mudah berputus asa dengan rahmatMu....

Yakinkan aku bahawa ENGKAU masih mendengar doa hambaMU ini...

3 comments:

  1. Kak,nk tnye.ade lg x rumh kosong ujtuk disewa kat tmn perumhnn tu.tq.sgt2 sukar nk caribrumh sewa katbfelda mempaga.

    ReplyDelete
  2. Abg Akak,nk tnye.ade lg x rumh kosong untuk disewa kat tmn perumhnn tu atau di mempaga.tq.sgt2 sukar nk cari umh sewa kat felda mempaga atau sistem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...