Friday, May 22, 2009

Ke mana menghilangnya 'Pendekar Melayu'.


Setiap kali balik dari kelas Taekwondo, Along dan Angah dengan bangganya akan menggayakan aksi baru yang dipelajari mereka hari tu khusus untuk tontonan ibu. Saya pun seronok juga melihat mereka begitu bersemangat dengan aktiviti baru ini. Terimbau difikiran....
Teringat semasa kecil-kecil dulu arwah opah sering bercerita mengenai moyangnya yang hebat melawan lanun dan penjahat. Kata opah, orang memanggilnya dengan gelaran Panglima Hitam. Walaupun kami yang mendengar ketawa, opah tetap bersungguh-sungguh bercerita. Terdetik di hati saya, betulke cerita opah ni...

Bila tiba giliran bapa bercerita, pasti perihal betapa hebatnya pencak Silat Cekak yang pernah dipelajarinya semasa muda. Bapa akan menunjukkan langkah-langkah silat persis seorang guru silat sedang mengajar anak muridnya. Kami yang mendengar, tetap terpaku walaupun sebenarnya tak berapa faham apa yang ditunjukkan. Mungkin dua orang abang yang sudah dewasa ketika itu lebih faham cerita bapa. Mak juga tak mahu ketinggalan bercerita tentang ketokohan ayahnya dalam ilmu mempertahankan diri.

Abang-abang saya pula kalau berkumpul, seronok sungguh berbincang tentang jurus-jurus silat Nasrul Haq bersama teman-teman mereka. Abang yang bongsu pula terlibat dengan aktiviti Silat Gayong di sekolah, tapi tak lama cuma setahun lepas itu tidak ada lagi.

Itu dulu... puluhan tahun yang lalu. Sekarang keadaannya sungguh berbeza. Sejak saya berpindah-randah dari KL ke Kuala Kangsar, lepas itu ke Kuala Trengganu kemudian sekarang di Pekan , Pahang rasanya belum pernah terserempak dengan aktiviti silat terutama di kalangan anak-anak yang bersekolah. Mungkin juga ada tapi dibuat di tempat tertutup hingga tak terkesan oleh masyarakat sekeliling.

Teringin juga melihat anak-anak segak mengenakan pakaian pendekar melayu dan melangkah pencak silat melayu. Bukannya untuk bertarung, tapi sekadar menyambung seni warisan bangsa sendiri dan juga membantu anak-anak lebih berkeyakinan dan berdisiplin.

Yang paling penting, ia mestilah bersih dari ajaran-ajaran khurafat.

Em... memang susah mencari kelas seni silat untuk anak-anak...


Oleh kerana memang dah lama tercari-cari, bila ada saja kelas taekwondo di sekolah anak-anak, kami terus daftarkan. Terfikir juga saya, sepatutnya anak-anak saya mempelajari seni pencak silat melayu bukannya taekwondo atau apa saja yang diimpot. Tapi apa boleh buat, itulah saja yang ada di depan mata.
Kan bagus kalau seni silat dijadikan aktiviti wajib di sekolah-sekolah. Barulah tak hilang warisan melayu di dunia.
Saya bukanlah seorang aktivis budaya cuma fikir-fikir seorang ibu di ruang dapurnya...

4 comments:

  1. salam kak g.. Saya betul2 terkezut.. tak sangka akak ni cucu cicit panglima hitam yang hebat tu?? betul ni?? yg asal Johor tu ke? Yg ceritanya dah dinovelkan tu? Akak tak pernah baca ke novel 'Panglima Hitam Selempang Merah'? Saya rasa masa baca tu saya kat sek 12 lagi. Kak Pah Bikan kata bapak dia mungkin ada kena mengena (anak murid) kot dengan panglima tu..

    Kalau betullah, akak kena baca buku ala-ala sejarah tu. Siapa penulisnya ya... lupa pulak. selalu ingat. perempuan. tak kiralah ianya sejarah atau lagenda, tapi memang dia orang hebat. Masih ingat lagi meremang bulu roma baca cerita tu...
    Saya memang sokong sgt pendapat akak tu. Sebenarnya di sekolah2 memang ada aktiviti silat sebagai koku. tapi tak seglamour taekwondo.. biasalah barang buatan malaysia...
    Tapi hakikatnya lain. Lain sgt. Syaa pernah jadi cikgu persatuan silat masa kat sekolah dulu. Rasa seronok tengok budak2 ni silat... mesti mula dengan bismillah.. ada bunga2, ada doa2... bukan mcm taekwondo tu, main terjah je.. takde berseni. Seni belasah orang adalah. Bukanlah takde kebaikannya.. tapi saya pun yakin yg silat Melayu lebih baik, jauh lebih baik lagi.
    Tak tahulah sekarang ni kak... Agaknya kalaulah Hang Tuah masih boleh beri komen... mesti sedih dia tengok. Sedikit demi sedikit, Melayu makin hilang di bumi sendiri! Saya ni bab2 Melayu ni memang sensitif kak.. (walaupun org Jawa). Jgn pulak kata saya org UMNO. Tapi sebab 'Hubbul Waton Minal Imaan' - Cintakan negara, bangsa itu sebahagian daripada iman. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. Sebelum akak buat entry ni.akak try masuk blog2 silat.hanya ada satu blog je yg hidup (ada chat box).tanya pendapat diorang, tp nampaknya depa tak sensitif sgt pasal generasi baru yg dah tak kenal silat..

    ReplyDelete
  3. salam..baguslh klu anda ada pemikiran sebitu rupa..sepertimana yg anda katakan td,bukan silat itu xda.mmg ada..tp tidak byk di sesetengah tempat..cuma kita kene mencari kelas tersebut.ilmu silat tidak sama dgn ilmu mempertahankan diri yg lain.setelah abis tempoh masanya dh boleh mengajar,tetapi ilmu silat perlu mempersiapkan diri secukupnya sebelum mengajar..dlm aspek yg lain pula,adalah sikap org melayu kita sendiri tidak mahu mengembangkn silat ke mana2.itu lh yg terjadi.wallahualam.

    ReplyDelete
  4. jika berminat,bolehlh taip seni gayung fatani atau laman web http://pesilat.com.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...