Hari Ibu yang lepas, saya sengaja menduga anak - anak. "Tahun ni tak de pun ibu dapat hadiah...sian ibu...."
Masing - masing buat muka kelat....minta maaf dalam hati la tu.... Esoknya Along tiba - tiba meluahkan azamnya. "Tak pe bu, Hari Ibu Along tak bagi apa - apa kat ibu. Nanti 'birthday' ibu Along sambut best... punya".
Sejuk hati dengar.... Geli hati pun ada.... Bukanlah hadiah yang di harapkan sebenarnya tapi ingatan itulah yang paling bermakna.
Petang tu seperti biasa sambil menanti kepulangan Along dari sekolah saya duduk di muka pintu memotong kuku Ihsan. Tak lama kemudian Along menjenguk sambil memberi salam. Bila saya mendongak hendak menjawab salamnya Along seperti melambai - lambaikan sesuatu pada saya. Lama merenung baru saya jelas apa yang cuba di tunjukkan oleh Along.'Pen drive 8 G'!!
Wah... tahniah Along! Hebat anak ibu.... Saya hampir bersorak untuk Along. Adik - adiknya yang lain pun turut berkumpul melihat apa yang di bawa Along dari sekolah.
Dua minggu lepas Along memberitahu, "ibu, Along dah daftar nama untuk menyertai pertandingan lukisan animasi di sekolah sempena Minggu Sains dan Teknologi". Agak mengejutkan saya sebab selalunya Along tak berminat menyertai apa - apa aktiviti di sekolah." Ibu tahu hadiah dia apa, kalau dapat nombor satu...?" Pen drive 8 G!!!!". Oh... patutlah....Itulah benda yang dah lama nak di beli Along tapi masih kami belum membenarkan walau dengan duitnya sendiri. He...he...cuma risau Along membelanjakan duit poketnya pada sesuatu yang tak bermanfaat.
Sehari sebelum pertandingan nampak dia berusaha berlatih melakar apa yang dirancang untuk pertandingan. Saya dan sifu turut membantu dia memperbaiki lukisannya.
Alhamdulillah nampaknya berhasil usaha Along. Tahniah Along! Yang paling ibu bangga bila melihat Along berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang Along mahu. Ibu harap sifat itu akan berterusan sampailah bila bila. Kemudian terdetik di hati saya, Along... tak payahlah susah - susah nak bagi hadiah kat ibu bila 'birthday' ibu nanti. Sebab hadiah ni pun dah Ok......