Tuesday, July 26, 2011

SAHABAT KARIB DAH BALIK!


Alhamdulillah, 2 minggu menunggu kepulangannya. Maklumlah, belum pernah berpisah. Nampaknya aktiviti menjahit akan rancak semula, Sebelum menyambung untuk menyiapkan tempahan, ada banyak seluar 'Pendekar Bujang Lapok' (koyak kat celah .......) nak di 'repair'. Emmm... ini semua gara - gara siri Dragon Ball dan tengok cerita 'Ong Bak' la ni.... Ber 'kung fu jer, budak budak kat rumah tu.

Wednesday, July 13, 2011

KEK HARI LAHIR AISYAH DAN ATIQAH


Tempahan kedua dari kawan lama Sharifah Nurul Huda atau nama penanya S. Huda pada 10 Julai lepas. Kek ini untuk anak - anaknya Aisyah dan Atiqah. Terima kasih Huda.
Untuk Aisyah dan Atiqah moga jadi anak yang solehah, di berkati umur dan rezekimu.

Tuesday, July 12, 2011

LELAKI VS PEREMPUAN

Angah : " ....lelaki pun ada...."
Along  : " Lelaki pun ada tapi perempuan  paling banyak kekurangan..." sanggah Along dengan bangganya sambil mengerling ke arah saya, mungkin risau dengan respon saya pada isu yang sedang dibincangkan.

Apalah punca perbualan budak - budak ni, fikir saya. Bukan senang nak buat budak - budak lelaki ni bercerita tentang apa yang sedang mereka fikirkan, maka saya mencelah.

Ibu     : " Allah cipta lelaki dan perempuan sama aje, ada lebih ada kurang. Kalau Along rasa lelaki ada banyak kelebihan dari perempuan, itu sebab tanggungjawab dan kerjanya lebih besar, lebih berat dari orang perempuan kat dunia ni...lelaki ni ketua, dia kena memimpin orang lain, jaga orang perempuan, keluarga, ibu ayah , jaga dunia ni.
Angah : " a..ah.. lelaki ni kuat! Sampuk Angah.
Ibu     : " Allah jadikan kita kat dunia ni sebagai khalifah. Khalifah tu maknanya penjaga, pemimpin...
Angah : " aaahhh.. mengantuk la ibu...."

Along mengekek melihat gelagat Angah. Itu strategi biasa mereka untuk mengelak dari mendengar ilmu atau nasihat. Saya dah faham benar. Saya teruskan perbualan tanpa memperdulikan Angah. Lebih serius dan lebih fokus pada Along. Bila nampak saya serius memandangnya, Along mengalah dan kembali fokus pada saya.

Ibu    : " Along tengok sekarang, macam - macam jadi kat dunia ni. Ada lelaki yang bunuh orang, merogol, buli orang, merompak....semua tu sebab dia tak buat tanggungjawab dia sebagai lelaki. Orang perempuan pulak tugas dia jaga dan bersama keluarga. Tapi sekarang orang perempuan tunjuk tunjuk badan sana sini, dan buat macam -macam benda tak elok sebab dia tak buat kerja dia sebagai orang perempuan."

Along tersengih bila saya sebut pasal orang perempuan  sambil mengajuk gaya model beraksi.

Ibu   : " Ada satu lagi tugas kita kat dunia ni iaitu sebagai hamba. Hamba ni kerja dia ikut apa tuan dia suruh kan. Jadi tugas kita yang kedua ialah ikut apa yang Allah suruh. Jadi apa yang Allah suruh kita buatlah."

Bas sekolah melencong masuk ke simpang rumah, maknanya perbualan kena berhenti disitu. Along nampak fokus dari tadi lagi, alhamdulillah. Mungkin nak buat modal bersembang dengan kawan - kawan di sekolah nanti. Saya berpaling pada Angah, mata terpejam bersandar pada tiang lampu. Saya menyucuk perutnya sambil bertanya,
         " Angah dengar ke apa ibu cakap tadi?"
Angah hampir melompat terkejut sambil menjawab,
         " a..a....dengar, dengar. Orang lelaki kena jaga orang perempuan..." sambil terkekek menahan geli.
Bas sudah ada di hadapan kami, Along dan Angah bergegas ke tangga bas sambil mengucapkan ayat yang saya suka mendengarnya..." pergi dulu ibu..."  Saya mengangguk sambil membalas lambaian mereka.
Pagi ini deruman bas  saya iringi dengan doa yang agak lain dari hari - hari lain.
"Ya Allah, lindungilah anak - anakku dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah dajal." Kemudian baru saya sambung dengan doa - doa yang lain. Selesai tugas saya untuk mereka pagi ini.
Sambil berjalan masuk ke rumah terlintas di fikiran saya... Ya Allah..., memang dah lama sebenarnya memikirkan cara yang paling 'simple' nak bagi tahu anak - anak tentang dua peranan manusia di dunia. Malah dah lama saya minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan agar anak -anak dapat menerimanya. Terima kasih  ya Allah kerana mengaturkan segala - segalanya, menentukan bilakah masa yang paling sesuai.
Dengan pantas saya cuba 'review' apa yang dah saya sampaikan pada mereka ( pada Along sebenarnya). Oh...ada yang perlu dikemaskan penjelasannya, kena buat 'follow up' masa usrah nanti.
Oh ye...usrah...satu program yang di gemari oleh anak - anak terutama Angah tapi paling tak disukai oleh Along. He...he... sabarlah Along, benda baik memang tak seronok. Mungkin usrah kali ni kita boleh nyanyi lagu Maher Zain - 'Hold my hand'..ok tak?


                   Along dan Angah , dua watak yang sangat jauh berbeza....                                        
                                                                               

Sunday, July 10, 2011

KEK HANTARAN NADRAH DAN NORHAN



Terima kasih Cik Ina dan untuk Ayong, semoga tenang dalam merancang hari bahgia April nanti.

Monday, July 4, 2011

Kek 'Treasure Bowl'


Kek ini sesuai untuk anak - anak kecil....

Seronok melihat anak- anak mengagih - agihkan 'harta karun' selepas kek di potong. Ada tempahan untuk kek ini pada 10 Julai nanti. Walaupun 'second order', tapi yang ini 'delivery' pertama saya. Mengubah sejarah hidup dari tukang jahit kepada pembuat kek....he..he....
Ini semua gara - gara anak - anak saudara yang berderet - deret nak melangsungkan perkahwinan, tergerak untuk serius mendalami ilmu 'bakery' pula, lebih lebih lagi mesin jahit tengah masuk 'spa'...

Friday, July 1, 2011

POPIA GORENG SEDAP.






Petang Rabu lepas saya cuba resepi ni buat kali kedua. Al maklum masa cuba kali pertama beberapa hari sebelumnya, semua hakim - hakim mengadu tak puas menikmatinya.
Alhamdulillah cubaan kali edua lebih menjadi. Popia kurang berminyak dan warnanya lebih cantik.
Habis jer popia, hakim - hakim pun bertanya, "bila nak buat lagi". Sabar je la.....
Terima kasih banyak pada Azie, rakan yang berkongsi resepi ini.

Bahan:

Kulit popia ( guna saiz besar)
1 biji sengkuang *
1 batang lobak merah *
3 ulas bawang merah #
2 ulas bawang putih #
3 sudu besar sos tiram
3 ketul ayam di kisar ( boleh guna yang dah siap di kedai)
 garam dan gula ikut citarasa masing - masing

Cara :
1. Bahan bertanda * di sagat atau di blend - jangan terlalu hancur
2. Bahan bertanda # di tumbuk
3. Sos tiram boleh ditambah (kalau suka)
4. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam kisar. Gaulkan hingga ayam masak.
5. Masukkan sos tiram, sengkuan dan lobak. Gaul rata.
6. Tambah gula dan garam. Masak hingga sekering yang boleh.
7. Angkat, toskan dari minyak. Bila dah sejuk balut dengan kulit popia - ikut kreativiti masing - masing.
8. Goreng dengan api sederhana panas. Angkat bila warna dah kekuningan dan tegakkan atas dulang untuk toskan minyak.
9. Untuk lekatkan kulit popia, gunakan bancuhan tepung yang agak pekat.

Sos ;
Saya guna yang simple jer, ketuk 3 ulas bawang putih, masukkan dalam periuk bersama dengan sos cili dan sos tomato atau mana - mana sos yang anda suka. Masakkan sekejap.

Ok , dah boleh hidang.....buat lebih - lebih sikit ye..nanti tak cukup pulak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...